KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Awesome TV pada hari ini mengambil keputusan untuk menggugurkan Azwan Ali daripada tugas pengacaraan bagi program realiti “MIC ON!” berkuatkuasa serta merta.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
Sehubungan dengan itu, pentas utama “MIC ON!” yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini akan dikendalikan secara solo oleh pengacara bersama sedia ada, Issey Fazlisham.
Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor utama demi memastikan
keharmonian penerbitan keseluruhan program “MIC ON!” untuk musim ini dapat diteruskan dengan lancar bagi menghormati semua pihak yang terlibat.
Perlu ditegaskan di sini bahawa
pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan kami.
Pihak Awesome TV juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.
Tindakan keras akan diambilsekiranya
berlaku sebarang pelanggaran integriti prinsip tersebut.
Untuk makluman, “MIC ON!” yang bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di
saluran Awesome TV (Astro 123) atau MyTV (112) merupakan sebuah program realiti
berkonsepkan pertandingan nyanyian komedi terbitan Awesome TV. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan