SHAH ALAM : Tiada sebarang kuota ditetapkan dalam pemilihan 12 buah lagu finalis ke Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) tetapi mahu mengangkat kepelbagaian genre muzik.
Ketua Juri Datuk Mokhazani Ismail berkata, 12 lagu yang dipilih mewakili kesemua genre muzik yang mewarnai industri sepanjang tahun.
“Kita memang meminta kesemua juri meletakkan personal favouritism ketepi dan menjurikan lagu pelbagai irama.
“Bagi kita yang penting kualiti lagu itu dan ia memberi impak dalam industri muzik Malaysia,” katanya.
Beliau menambah kuantiti tontonan lagu juga tidak menjamin kualiti sesebuah lagu.
Begitu juga dengan faktor penyanyi terbabit. Bukan jaminan untuk membawa sesebuah lagu ke peringkat akhir.
“Sesetengah lagu jumlah tontonan mungkin ramai seperti lagu runut bunyi tapi itu tak menjamin kualiti.
“Termasuk juga walau penyanyi bagus dan lagu dinyanyikan dengan baik bukan jaminan,” katanya.
Mokhazani berkata, tidak timbul isu kuota sebaliknya juri menilai kualiti pada semua genre dan komposer bagi memastikan keadilan.
Katanya, kesemua 12 lagu yang layak mempunyai kekuatan dan peluang bergelar Juara AJL36.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif AJL36 Jamil Hassan berkata penyanyi bukan faktor utama dalam pertandingan AJL sebaliknya lagu yang dicipta.
Lantaran, pihak produksi tidak perlu tunggu penyanyi asal untuk meneruskan acara itu.
“Bagi kita masing-masing ada perancangan dan komitmen termasuk ada yang tidak sihat jadi kita hormat.
“AJL mengangkat lagu, yang penting karya yang dipersembahkan untuk dinilai bukan penyanyi,” katanya.
Dia berkata demikian bagi mengulas ramai pihak yang menganggap kredibiliti AJL tercalar apabila terlalu ramai penyanyi asal tidak muncul pada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36.
Antara yang menarik persaingan kali ini menampilkan kemunculan semula Ratu Pop Tradisional Noraniza Idris menerusi lagu Intan Payung dan Boneka dendangan Ernie Zakri yang sarat hamil anak sulung. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad