December 1, 2022

Bertudung Bukan Macam Warnakan Rambut!

Lama dah Gayah tak menulis ruangan ini. Hari ini, kebetulan suasana PKPB yang sedang berlangsung ada sedikit kelapangan.

Gayah bukan apa, dah lama juga pendam hal ini. Isu artis buka, pakai tudung ini.

Jujurnya, Gayah tak begitu setuju hal begini jadi bahan cerita. Lebih-lebih lagi apabila sudah berhijab kemudian buka dan mendapat liputan meluas.

Walau apa juga alasan, hal ini tidak sesuai untuk dihighlightkan termasuk ketika apabila sudah berhijab.

Bukan sedikit impak, bila membuat keputusan buka hijab dengan alasan keanak-anakan sangat memualkan.

Risau, bila rakan berlainan agama keliru dengan situasi ini. Bila suka pakai dan senang-senang tanggal.

Alasan dan ucapan pinta orang memahami tindakan yang dibuat juga dangkal dan kedengaran tak kena.

Sebab itu, Gayah mempunyai rasa hormat tinggi pada Mizz Nina yang sangat istiqamah dan sederhana dalam memilih penghijrahan.

Tudung bukan hiasan atau warna rambut, boleh tukar sesuka hati!

Gayah pun tak sempurna. ­

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts