April 13, 2024

Filem Seram Hantu Penaggal

KUALA LUMPUR : Mengangkat kisah seram hantu Penanggal yang begitu sinonim dalam kalangan masyarakat Nusantara, filem Trinil: Kembalikan Tubuhku kini mula ditayangkan. 

Syarikat produksi Seven Skies Motion Sdn. Bhd. memilih Hanung Bramantyo yang dikenali dengan filem-filem cinta sebagai sutradara filem ini.

Penerbitnya, Azlin Hilda Abdul Latif berkata, ia merupakan filem sulung terbitan syarikatnya dan Indonesia dipilih kerana melihat pasaran di sana yang begitu luas.

Azlin berkongsi, dia memilih naskhah ini untuk dijadikan filem berdasarkan inspirasi dari sebuah drama radio yang cukup popular dan viral sekitar 80-an di Indonesia.

Kongsi Azlin, apabila pihaknya mahu menerbitkan sebuah filem seram, dia melihat drama radio Trinil memang menjadi kegemaran pendengar.

Dalam pada itu, mengenai pemilihan Hanung selaku pengarah, Azlin menyatakan ia semua berlaku di luar jangkaan.

“Kali terakhir Hanung buat filem seram adalah 17 tahun lalu dan dia mahu mencabar diri dia menerusi filem ini,” katanya.

Azlin berkata, apa yang dipaparkan bukan sekadar seram semata-mata, tetapi Hanung turut menerapkan elemen drama yang juga kekuatannya apabila menghasilkan filem-filem cinta.

Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku dibintangi gadingan pelakon muda dan popular Indonesia seperti Carmela Van Der Kruk, Rangga NaWra, Shalom Razade, serta Wulan Guritno serta pelakon terkenal Malaysia iaitu Fattah Amin.

Bercerita tentang Fattah Amin yang dipilih sebagai satu-satunya artis Malaysia membintangi filem berkenaan, Azlin melihat kredibiliti pelakon itu sebagai faktor utama.

Mengenai penerimaan penonton filem itu sejak ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari lalu, Azlin bersyukur kerana ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

“Kalau di Indonesia mereka mengira dari suduh jumlah penonton, berbanding di Malaysia yang menggunakan jumlah kutipan jualan tiket.

“Berdasarkan perkiraan saya dan pihak produksi, Trinil: Kembalikan Tubuhku berjaya meraih jumlah jualan Aket sebanyak RM11 juta dan sudah ada tawaran pihak dari negara Vietnam untuk ditayangkan di sana,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts