SHAH ALAM: Namanya diakui berada dalam antara senarai teratas penyanyi terbaik milik Malaysia. Misha Omar, komited menjaga aras kualiti nyanyiannya sejak masyhur dengan Bunga-Bunga Cinta.
Disiplin dalam nyanyian dan kerjaya seni sentiasa membuatkan Misha kekal relevan sebagai penyanyi dengan senjata vokal yang sangat baik.
Lantaran, setiap lagu nyanyiannya membuai sukma dan menjadi halwa telinga serta terkumpul antara karya terbaik dihasilkan.
Menerusi karya terbaharunya Tanpa Rela, Misha meletakkan satu ISO baharu, termasuk mengambil langkah berani terbabit secara langsung dalam penghasilan lagu ini.
Bercerita mengenai Tanpa Rela, Misha penuh teruja berkata, pembikinan single itu begitu memberinya kepuasan tersendiri, apatah lagi apabila berpeluang memberikan sentuhan untuk lagu berkenaan.
“Selepas 18 tahun dalam industri muzik, saya terfikir mengapa tidak saya memulakan satu langkah ke hadapan dengan menghasilkan melodi.
“Biarpun proses penghasilan Tanpa Rela menuntut perjalanan yang panjang, saya bertuah kerana niat itu dipermudahkan apabila dipertemukan dengan pengarah muzik, Lee Sze Wan ketika menjayakan Konsert Soul Sisters di Istana Budaya, April tahun lalu,” katanya.
Misha turut mempersiapkan diri dengan mengikuti kelas vokal secara lebih intensif bersama pensyarah vokal berkaliber, Datuk Syafinaz Selamat demi memastikan dia mampu memberikan penghayatan dan penyampaian terbaik untuk Tanpa Rela.
“Tanpa Rela memberikan banyak pengalaman manis untuk saya kenang. Tidak hanya menjadi lagu pertama yang saya hasilkan, saya juga teruja kerana buat kali pertama dapat bekerjasama dengan Datuk Syafinaz di studio rakaman sebagai penasihat dan pengarah vokal.
“Ia memberikan suasana yang berbeza buat saya. Sebelum ini, saya hanya melangkah ke studio rakaman untuk memasukkan vokal apabila semua proses awal sudah selesai.
“Tetapi untuk Tanpa Rela, saya terbabit dari awal. Bermula dengan mencari idea untuk menghasilkan melodi, seterusnya berbincang dengan Sze Wan dari segi susunan muzik, saya juga terbabit dalam penulisan lirik,” katanya.
Enggan dianggap syok sendiri, Misha selesa berkolaborasi dalam menghasilkan single ini termasuk mendapatkan sentuhan lirik bersama mereka yang berpengalaman seperti Slen.
Tanpa Rela akhiri penantian peminat Misha selepas cemerlang dengan Sampai Bila dua tahun lalu.
Gayah sendiri teruja dan tidak sabar menadah telinga untuk gemersik Misha dalam Tanpa Rela.
- Lagu: Tanpa Rela
- Komposer: Misha Omar & Sze Wan
- Lirik: Misha, Slen & Zul
- Penasihat/Pengarah Vokal: Datuk Syafinaz Selamat
You may also like
-
SFMM39: 30 Lagu Bersaing – Saingan Power Vocal & Penyanyi Baru
-
Gie Cipta Sejarah – Juara Wanita Pertama Kilauan Emas
-
Jamal Abdillah Imbau Memori Cinta Zack Azura – Konsert Istimewa Februari 2025
-
Aliff Syukri Tolak Tawaran Konsert – Fokus Perniagaan Beg Kulit Setanding Jenama Mewah Antarabangsa
-
Ernie Teruja Persembahkan Dirinya Di Aura: Ernie Zakri Live in Concert – Sufi Rashid Akui Ernie Pilihan Utama