PETALING JAYA: Hanya beberapa jam lagi pentas berpestij Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) bakal membuka tirainya sekaligus menobat lagu terbaik keseluruhan.
Pelbagai tekaan bersama hujah kreatif diberikan peminat dan pastinya dua lagu yang terus disebut ialah Sumpah nyanyian Naim Daniel dan Ku Bersuara dari Ernie Zakri menjadi antara pilihan tertinggi.

Seperti lagu Sumpah dari Naim, lagu itu dilihat mempunyai pakej lengkap diangkat sebagai karya agung termasuk dengan hukum muzik yang ditampilkan.
“Berilah siapapun yang nyanyi lagu Sumpah Naim ini, mesti sedap walaupun orang itu tidak pandai menyanyi,” kata seorang teman orang kuat industri serta dipersetujui beberapa rakan media.
Tapi jangan tidak tahu, Haqiem Rusli juga mempunyai penggemarnya yang bermati-matian mempertahankan lagu Lembah Kesepian.

Malah ada juga yang berpesan, jangan ambil mudah dengan Dinda pertaruhan kumpulan Masdor. Lagu begini ada ruang jika dilihat pada kejayaan Ana Rafali dulu menerusi Tolong Ingatkan Aku.

Di sebalik tugas para Nujum dan warga netizen sekalian, nama bintang hati nombor satu negara juga disebut berkemungkinan ‘mencemar duli’ kembali ke pentas AJL34.
Ada yang yakin Datuk Seri Siti Nurhaliza akan muncul memberi sokongan kepada Bob Yusof yang berjuang menerusi di peringkat separuh akhir.

Adakah TokTi akan muncul? Sama-sama kita nantikan.

Anugerah vokal terbaik juga menjadi perhatian dengan bintang seperti Ernie dan Hafiz yang mempunyai kredibiliti vokal yang sukar dinafikan.

Keunggulan mereka hadir bersama bonus dengan edisi lagu bagus yang didendangkan kali ini.

Bob juga boleh mencuri hati juri. Vokal penyanyi ini juga ada tahap yang mampu membuatkan diri dalam liga persaingan.
Pendatang baharu Aina Abdul tidak boleh diletak ke tepi. Penyanyi ini memiliki dinamik nyanyian yang sangat baik.
Bercakap mengenai vokal, AJL34 kali ini mengangkat tema warna-warna suara dan pastinya ada persembahan hebat.
Orang kuat AJL34, Nurul Huda Khalid berkata penonton akan disajikan dengan persembahan power vocal penyanyi seperti Misha Omar, Hazami, Liza Hanim, Jaclyn Victor, Black dan Marsha.

Gayah sarankan semua rehat, bersedia di depan kaca televisyen.
Pilihan Geng Gayah:
Top 3 AJL34
Sumpah- Naim Daniel
Ku Bersuara- Ernie Zakri
Anta Permana – Bob Yusof
Vokal Terbaik AJL34
Ernie Zakri
Hafiz Suip
Aina Abdul
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan