December 1, 2022

Cameo Tok Ram dan Cik B

SHAH ALAM: Maestro muzik Malaysia, Datuk Ramli MS muncul sebagai cameo dalam persembahan Sepahtu Reunion Live di Shah Alam Royale Theatre di sini.

Aksi bersahaja Tok Ram.

Lebih mesra disapa Tok Ram, beliau muncul di babak terakhir sebagai pelanggan farmasi yang ditipu.

Ramli bersahaja membawakan wataknya meskipun diusik Jep dan mendapat tepukan serta sorakan gemuruh penonton.

Gaya seorang aktor.

“Saya diundang, kebetulan memang saya tidak sibuk, jadi kenapa tidak kan. Lagipun bayaran bagus,” katanya berseloroh.

Selain Ramli, anak usahawan selebriti Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B turut muncul sebagai cameo.

Cik B dan aksinya.

Sepahtu Reunion Live terus mendapat sambutan hangat dengan bilangan penonton yang ramai setiap minggu.

Gayah sendiri tertawa besar melihat aksi Shub, Jep, Rahim dan Pak Ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts