December 1, 2022

7 Nasihat, TokTi Kecewa

PETALING JAYA: Sementara menantikan album penuh terbaharu yang dijadualkan April ini, mustika hati Malaysia Datuk Siti Nurhaliza muncul dengan single terbaharu 7 Nasihat hari ini.

Single selepas Terang yang dilancarkan November tahun lalu, ialah ciptaan rapper pasangan duo Kmy Kmo dan Luca Sickta yang turut membuat penampilan istimewa dalam lagu ini.

“Sebagai artis senior, saya tidak mahu ketinggalan dengan peredaran muzik semasa.

“Peluang bergandingan dengan  (nama penuh kmy & luca) merupakan salah satu cara untuk saya mendekati peminat muzik dan pendengar yang lebih muda”, kata pelantun lagu Anta Permana itu.

Beliau berkata, 7 Nasihat ialah sebuah karya istimewa kerana menggabungkan hip-hop, rap dan tradisional.

TokTi berkata, pendekatan ini juga dapat menyuntik minat generasi muda menghayati gabungan irama yang digarap dengan begitu baik sekali.

Bertunjangkan konsep yang sama, 7 Nasihat bukan sahaja berpaksikan kepada elemen muzik kemelayuan malah bait-bait katanya turut melambangkan kesantunan orang Melayu dalam memberi kritikan sosial menggunakan bahasa kiasan.

Single terbaharu ini ialah kali kedua TokTi berkolaborasi dengan penyanyi Hip Hop selepas kolaborasinya bersama kumpulan Too Phat pada tahun 2005 menerusi lagu  hits Dua Dunia.

Single terbitan Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 20 FEBRUARI 2020.

Sementara itu, TokTi turut melahirkan kekesalan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan single itu.

Single berkenaan dengan mudah didapati di laman YouTube yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab.

TokTi meminta pihak berkenaan memadam segera sebelum tindakan tegas diambil.

Gayah pun hairan, dalam lagu 7 Nasihat dah ingatkan tapi tetap ada yang tidak makan nasihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts