PETALING JAYA: Usahawan selebriti sensasi Nur Sajat Kamaruzzaman mengakhui teruja menjelang hari konvokesyennya pada 1 Julai depan.
Sajat berkata, dia gembira apabila akhirnya impian untuk menggenggam segulung diploma menjadi kenyataan.
“Saya akan terbang ke Lubnan pada esok (27 Julai) dan majlis konvokesyen saya pada 1 Julai ini.
” Terima kasih kepada mak ayah, keluarga dan semua yang menyokong saya selama ini,” katanya yang ditemui dikediamannya semalam.
Bagi usahawan yang popular dengan tagline jangan mengata dan let’s cantik itu, ilmu sangat penting untuk seorang usahawan.
Dia yang mengambil kursus dalam bidang dandanan rambut di sebuah kolej secara persendirian di Beirut, memandangkan keputusannya membuka salon.
“Bila kita berniaga kita kena ada ilmu supaya kita lebih tahu dan tidak dimanipulasi.
” Sibuk bukan alasan, yang penting ada keinginan dan usaha. Saya akan intai peluang untuk sambung belajar lagi,” katanya.
Ditanya mengenai isu bengkung keluaran syarikatnya yang dilaporkan diciplak, Sajat akui terkilan.
Katanya, dia tidak sangka hal itu berlaku sedangkan sentiasa berusaha menjaga semua stokisnya.
” Saya bertindak atas maklumat dan siasatan dan saya perlu lakukan sesuatu demi keadilan di pihak saya dan stokis lain.
” Saya ingin ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak KPDNKK yang sudi membantu,” katanya.
Mengulas mengenai lambakan produk yang seakan sama dengan keluarannya, Sajat menyambut baik persaingan secara sihat.
Gayah akui tumpang bangga dengan Sajat. Betul katanya, asal ikhlas dalam hidup dan berbaktilah kepada ibu bapa. Jangan mengata!