September 13, 2024

Azharina Menggapai Awan

KUALA LUMPUR: Sabtu ini bakal melakar sejarah tersendiri bagi penyanyi yang mempunyai vokal hebat, Azharina Azhar atau juga dikenali Nina.

Dua dekad pembabitannya sebagai penyanyi, Nina bakal tampil dalam konsert solonya Queen of Soul di Teater Shah Alam, 29 Jun ini.

Sidang media di atas awan

Sebagai countdown kepada konsertnya itu, bagaikan simbolik graf kerjaya Nina, satu sidang media diadakan di dalam pesawat yang terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu baru-baru ini, di ketinggian 38,000 kaki di udara.

“Semua ini rezeki dari Allah dan saya wajar bersyukur. Sangat bermakna serta lain dari lain.

“Saya juga terharu kerana Azharina mampu lakukan semua ini. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada Syahrizal dan pengurus saya Jojie.

Selain menjanjikan persembahan mantap, Nina berkata single terbaharunya juga akan dilancarkan pada konsert berkenaan.

Single berkenaan berjudul Kau Kasihku ciptaan Korie, dijangka bakal menambah koleksi lagu-lagu hitnya seperti Seandainya, Elergi Sepi, Rawan, Sekian Terima Kasih dan Cinta Terbagi Dua.

Dia memberitahu Gayah, dirinya teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan peminat yang sudah membeli tiket.

Katanya, tinggal kurang dari 100 tiket masih berbaki.

“Jumpa anda semua nanti dan konsert ini bakal jadi momen indah kita bersama,” katanya.

Gayah percaya Konsert Azharina: Queen of Soul bakal melakar kejayaan dan bertaraf antarabangsa. All the best Nina. Boleh Bah Kalau Kau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts