Konsert ini tidak akan berjaya jika, seorang daripada mereka gagal bersatu dan bergandingan dengan serasi sepanjang persembahan yang bakal berlanjung dengan jenama Konsert Soul Sisters 2019.
Tiga pemilik vokal hebat Misha Omar, Siti Sarah dan Noryn Aziz, masing-masing mengakui mengenai perkara itu.
Bagi mereka elemen dan senjata paling penting dalam memastikan konsert yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 April depan di Istana Budaya Kuala Lumpur, akan mencapai matlamatnya apabila tiga suara mereka bergabung menjadi satu.

“Syukur kerana kami memang berada dalam landasan yang sama dan mudah membina keserasian. Saya selaku kakak juga senang dengan kedua-dua adik saya,” kata Noryn.
Misha turut senada dan berkata mereka akan berusaha memberikan yang terbaik serta membentuk harmoni dalam menyampaikan persembahan nanti.
Soul Sisters dilihat sebagai sebuah karya mega yang menyatukan tiga kredibiliti vokal yang diakui antara terbaik di negara ini diterjemahkan menjadi satu paduan buat julung kalinya.
“Saya bertuah kerana berganding dengan dua penyanyi hebat dan berpengalaman,” kata Sarah.

Bagi Pengarah Konsert, Jennifer Thompson, persembahan ini tidak boleh dilepaskan dan perlu ditonton kerana menjanjikan sesuatu yang sangat estetika dan catatan manis dalam perjalanan industri muzik Malaysia.
“Pada saya, mereka yang tidak tonton Konsert Soul Sisters sangat rugi, kerana ia adalah sebuah persembahan eksklusif yang disusun dengan kemas apatah lagi menampilkan tiga penyanyi hebat negara,” katanya.
Misha, Sarah dan Noryn juga, masing-masing mengakui risau pada masa sama teruja, kerana sedar penonton dan pemerhati industri meletakkan satu paras yang tinggi pada persembahan yang bakal berlangsung nanti.
Lebih menarik, persembahan ini mendapat sentuhan Pengarah Vokal Datuk Syafinaz Selamat yang akan memastikan penyatuan tiga suara dilaksanakan dengan kemas.

Gayah sendiri mengaku, teruja dan tidak sabar untuk menempuh detik malam konsert anjuran Edd Razhe Entertainment itu nanti.
Info:
- Sebanyak 33 lagu akan dipersembahankan di mana majoritinya adalah secara trio.
- Antara lagu hit antarabangsa yang akan dipersembahkan ialah Lady Marmalade, Bang Bang dan Listen.
- Segmen khas tribute untuk kumpulan Feminin juga akan diadakan.
- 70 peratus tiket sudah habes dijual. Tiket boleh dibeli di www.airasiaredtix.com