Pernah bergelar Bintang Akademi Fantasia (AF) 9, nama Kay Khydir menerima nasib hampir sama dengan majoriti rakan-rakan sengakatannya yang hilang terus dari radar industri hiburan.
Cuma Kay lebih beruntung kerana dalam diam, dia sebenarnya pernah melahirkan beberapa single dan tak kering job sebagai pelakon. Kata orang, Kay tetap membawa nama sebagai artis, tidaklah hilang tanpa berita.
Di sebalik itu juga, nama penyanyi dan pelakon ini tidaklah semekar Hazama dan Ayda Jebat yang juga sebarisnya dengannya dalam rancangan realiti AF.
Namun akui Kay, dia tidak pernah cemburu dengan dua rakannya itu malah berbangga dengan pencapaian mereka.

“Saya bangga dengan mereka dan mereka sendiri tidak sombong serta kami masih berhubung. Saya mengaku ada juga meminta tip dan nasihat daripada mereka,” katanya.
Terbaharu, Kay mempertaruhkan single Bukan Bahagiaku yang disimpan sejak 2014 sebagai pemula kepada kerjaya seni nyanyiannya selepas lama menyepi.
“Saya percaya lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Abie Abdullah ini mampu membawa nama saya ke persada muzik dan bakat nyanyian ini dapat diteruskan.
“Saya juga yakin lagu ini bersifat infiniti dan sentiasa relevan termasuk pada masa kini,” katanya pernah tampil dengan single duet bersama Ayda dan Diddy Hirdy.
Adik kepada Diddy itu juga kini bernaung di bawah pengurusan syarikat rakan baiknya Shiha Zikir iaitu SZ Entertainment.

Shiha ketika ditanya berkata, dia percaya dengan bakat yang dimiliki sahabat baiknya itu dan bersedia membantu mengembangkan lagi kerjaya nyanyian Kay.
“Saya jumpa dia dan dia bagi dengar lagu berkenaan, saya terus ajak dia bernaung di bawah SZ Entertainment,” katanya.

Gayah harap Kay teruskan dengan semangat juang yang tinggi. Kalau ada usaha pasti ada hasilnya.
You may also like
-
Liza Aziz Juara GV 11 – Tampil Persembahan Memukau
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah