October 11, 2024

Staycation paling on di BRH

Staycation adalah trend percutian terkini terutamanya dalam kalangan warga kota menjelang hujung minggu bagi menarik nafas dan berehat setelah menempuh hiruk pikuk kota.

Terdapat pelbagai pilihan hotel di sekitar Lembah Klang dan kawasan berhampiran yang menjadi pilihan warga kota untuk aktiviti staycation ini. Bagi memastikan staycation anda mencapai matlamat iaitu berehat dalam erti kata sebenar, pilihan hotel perlulah tepat.

Gayah mahu cadangan kepada anda Bangi Resort Hotel (BRH) yang ibarat jatuh cinta pandang pertama. Ucapan terima kasih kerana sudi undang Gayah ke sana baru-baru ini.

Landskap yang mendamaikan.

Sebaik kaki menjejak ruang lobby hotel, Gayah disambut dengan minuman signatur yang sangat menyegarkan. Jangan terkejut, sebab pekerja mereka memang ada dari kalangan warga Belanda.

Petugas itu dipilih kerana BRH adalah penginapan rasmi bagi krew penerbangan KLM. Hebat bukan? Hanya di Bangi, bagaikan anda sudah berada di Amsterdam. Lebih-lebih lagi apabila seni reka bangunan hotel ala Sepanyol yang kaya dengan ciri-ciri seni bina menarik.

Bagi Gayah, BRH terbaik kerana suasana privasi dan biliknya yang sangat mendamaikan dan dikelilingi suasana hijau saujana mata memandang. Ya kawasan bandar juga, masih ada ruang untuk bernafas dengan segar.

Pemandangan dari balkoni bilik. Hijau mendamaikan.

Paling best seleksi makanan yang pelbagai. Sebaik sampai, Gayah dijamu dengan hidangan Jepun. Nampak tak, diam tak diam BRH tawarkan suasana di tiga buah negara.

Hidangan enak Jepun.

Lebih menarik, hotel ini juga Durian Friendly, apabila tetamu boleh membuat tempahan untuk makan durian di ruangan terbuka kolam renang pada waktu malam.

Bukan setakat itu, tidak lama lagi BRH tawarkan pengalaman turun ke ladang apabila projek tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran mereka siap sepenuhnya.

Projek ladang yang sedang diusahakan.

Bayangankan, hidangan di hotel segar terus dari ladang iaitu melalui Projek Bangi Farm Resort, dengan menanam 200 pokok durian Musang King, 500 pokok buah tin, 50 pokok avakado selain ulam-ulaman seperti ulam raja, bunga telang.

Suasana bilik moden dan selesa.
Rehat dalam bath up. Terapi diri.

Harga bilik juga sangat berpatutan selain kemudahan yang disediakan sesuai untuk keluarga juga individu.

Bab paling Gayah suka ialah makan. BRH memang champion dalam hal ini. Pengarah Perkhidmatan Makanan dan Minuman, Muhamed Aman Rehan berkata, hotel itu selalunya full house, terutama pada hari Ahad melalui hidangan antarabangsa iaitu masakan Jepun, Barat dan masakan tempatan dengan harga yang sangat berpatutan.

“Oleh kerana hidangan bufet pada hari minggu mendapat permintaan tinggi, pengunjung perlu membuat tempahan awal untuk memperoleh tempat di restoran kami, Funtasia,’’ katanya.

Muhamed Aman berpengalman luas dalam bidang perhotelan.

Hotel ini turut mempunyai empat restoran lain iaitu Harmoni yang menyediakan hidangan gabungan makanan Cina, Melayu, Nyonya dan Thailand, restoran masakan Jepun, Kazumi, Tee Off Lounge dan Lavista Xpress, sebuah kafe ala deli bagi mereka yang gemar makanan ringan.

Apa lagi, jom rasai pengalaman staycation paling legit di BRH. Oh tukang urut di BRH juga sangat on! Maklumat lanjut boleh melayari laman web www.bangiresorthotel.com atau emel @bangiresorthotel.com atau hubungi 03-8210 2222.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts