Satu demi satu pendedahan mengenai skandal Zul Ariffin dengan seorang gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska tersebar di alam maya sejak tahun lalu.
Beberapa gambar mesra Zul dan Glembotska tersebar sejak Julai tahun lalu. Zul tidak menafikan mengenali Glembotska, tetapi kononnya hanya kenalan biasa.
Difahamkan, mereka berkenalan ketika menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai di Phuket, Thailand.

Bagaimanapun, beberapa foto aksi mesra mereka menjadi perbualan hangat. Ia termasuklah sekeping gambar seorang lelaki menyerupai Zul tidak berbaju sedang berbaring, manakala gadis berkenaan kelihatan tidak berbaju sedang mengambil gambar berselfie.
Malah, netizen turut memperkatakan foto susuk seorang lelaki berbadan sado yang dipeluk Glembotska yang dimuat naik dalam Instagram (IG).
Selain itu, Zul dan Glembotska kantoi apabila memuat naik gambar dalam bilik hotel yang menunjukkan suasana, latar belakang dan tempat yang sama.
Hubungan tidak mampu diselindungkan lagi apabila kedua-duanya saling berbalas komen dalam laman IG. Malah, gadis berkenaan turut memuat naik gambar ukiran tatu yang memaparkan nama Zul di jari manisnya.
Terbaharu, kisah Zul dan Glembotska kembali hangat diperkatakan apabila Zul dikatakan bercuti di Phuket bersama kekasihnya itu.
Foto mesra mereka mencetuskan tanda tanya apabila Glembotska memuat gambar bersama Zul dan merujuk Zul sebagai suaminya.
Menerusi perkongsian menerusi IG Story, Glembotska mengakui, “Hari ini saya mempunyai percutian yang cukup istimewa dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada suami saya. Saya sangat bahagia bersama awak,” katanya.
Gambar berkenaan didedahkan dalam sebuah akaun gosip popular di IG. Kononnya gambar terbaharu itu dihantar oleh teman Glembotska yang ingin kepastian sama ada mereka sudah berkahwin atau sebaliknya.
Bagaimanapun, Zul menafikannya. Malah, menganggap kisahnya dan Glembotska hanya kisah lama. Namun, dalam masa yang sama, foto-foto yang dimuat naik Zul dan Glembotska menunjukkan sedang bercuti di pulau yang sama.
Lebih mengejutkan, sebuah akaun gosip popular di IG turut mendedahkan identiti Glembotska. Melalui paparan sebuah video, kelihatan Glembotska berpakaian seksi sedang menari menghiburkan pengunjung kelab malam.
Mungkinkah kekasih Zul itu adalah penari kelab yang begitu popular sekitar Thailand?
Bagaimanapun, pengakuan terbaharu Glembotska menerusi IG, dia suka menari dan bekerja sebagai penari kelab adalah masa silamnya…
You may also like
-
Liza Aziz Juara GV 11 – Tampil Persembahan Memukau
-
Kempen ONEXOX Lucky Angpaw Huat Ah – 2.5 Juta Pelanggan Berpeluang Menang Hadiah RM8,888
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah
-
Anak Seni Dan Pendidikan – Haris Embong Yakin Ilmu Mampu Tingkat Kredibiliti Serta Kualiti Seni