September 23, 2023

Donut Gebu tangkap leleh di Greenwood

Gayah Craving

Kepada peminat donut, Gayah cadangkan anda mesti cuba ‘donut panas’ yang sangat terkenal di kalangan penduduk Taman Greenwood, Gombak. Gerai beratap hijau itu terletak berhampiran stesen minyak Shell.

Gayah terjumpa gerai itu pun secara tak sengaja ketika Gayah nak berjumpa kawan Gayah kat ‘area’ itu.

Bila tengok orang berbaris panjang depan gerai itu, Gayah mulalah nak menyibuk sama nak tengok apa yang menarik. Rupanya masing-masing sedang menunggu nak beli donut.

Oleh kerana perasaan yang membuak-buak nak tahu keistimewaan donut itu, Gayah terus menyelit bertanyakan tuan punya gerai itu.

Dengan nada merendah diri, dia kata tak ada yang ‘special’ dan dia bagi nama donut itu, ‘donut panas’ saja.

Tetapi Gayah sangat yakin, keistimewaan donut itu kerana tokeh gerai itu membuatnya dengan ‘kasih sayang’ dan ‘ikhlas’. Sebiji donut dijual RM1.50. Sangat berbaloi.

Donut yang gebu, tembam dan tembun itu ada tiga pilihan rasa sama ada donut bergula, donut dicelup coklat atau karamel.


Dek kerana ‘geram’ melihatkan ‘penampilan’ donut panas yang begitu ‘menggiurkan’ itu, Gayah belilah sebiji yang dicelup coklat.

Hmmm….memang enak tak terkata dan ingatkan lepas jumpa kawan, Gayah nak beli lagi tiga empat biji untuk bawa balik. Bukan saja donut tu dah habis, gerai pun dah tutup. Memang laris.

Gerai donut panas itu buka setiap hari, dari jam 11 am hingga habis jualan. Maka apa lagi…pergilah cuba, mesti tak menyesal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts