KUALA LUMPUR : Maskot Bunga Matahari menepati ramalan apabila diumum juara musim keempat The Masked Singer Malaysia (TMSMY4) yang disiarkan secara langsung dari CIDB Kuala Lumpur malam tadi.
Bunga Matahari atau figura sebenarnya Stacy membawakan lagu dari seberang, Lathi dan Cinta nyanyian asal Marsha berjaya menewaskan empat maskot lain. Untuk rekod, lagu tersebut juga merupakan ciptaan Stacy bersama suami, Akim Ahmad.
Stacy yang turut terkenal dengan jolokan Ratu Tari Malaysia berjaya membawa pulang hadiah sebuah trofi kemenangan seperti mana juara musim terdahulu.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Mat Helang yang disarungkan oleh Namie manakala kostum Sang Kancil yang dipakai oleh Danial Zaini mendapat tempat ketiga.
Sementara itu tempat keempat pula menjadi milik Adinda Ceria Popstar (Biskut Aiskrim) dan kelima pula adalah Nabila Razali (Teratai).
Juri TMSMY4 terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Sherry Al-Hadad, Angah, Zizan Razak, Elly Mazlein, Michael Ang dan Rozita Che Wan.
Pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tugas sebagai hos untuk empat musim berturut-turut.- GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual