November 27, 2022

Pelakon, isteri pengarah filem dalang pesta liar

Ramai tertanya-tanya siapakah pelakon wanita yang ditahan dalam serbuan pesta liar di kondominium mewah di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Gayah cuba merisiknya dengan orang industri, terkejut apabila diberitahu pelakon berusia pertengahan 40-an ini terbabit dengan pesta liar. Namanya biarlah dirahsiakan…

Pelakon ini seangkatan dengan Rita Rudaini, Lisdawati dan Amyza Aznan, tetapi namanya tidak begitu popular.
Tidak dinafikan, pelakon yang juga isteri kepada penerbit filem ini banyak berlakon filem dan drama, tetapi nasibnya tidak sebaik Rita, Lisdawati atau Amyza. Namanya hanya suam-suam kuku.

Dulu, pelakon ini pernah kalah dalam kes saman fitnah membabitkan pergaduhan bersama seorang pelakon popular. Berpuluh-puluh ribu kena bayar kepada mangsa fitnah.
Ibu kepada empat cahaya mata ini bersama suaminya didakwa menjadi orang penting di sebalik penganjuran pesta liar berkenaan.

Sumber mendakwa, pelakon dan suaminya aktif membuat jemputan kepada tetamu parti berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Hasil pemeriksaan mendapati 19 individu iaitu 11 lelaki dan 8 wanita tempatan berusia antara 21 hingga lewat 40-an berada dalam kediaman di tingkat lapan kondominium berkenaan.

Dalam serbuan, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi menemui empat paket plastik berwarna hitam disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine.

Hasil siasatan, pesta liar berkenaan didakwa dianjurkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 28 tahun dipercayai membiayai semua perbelanjaan pesta termasuk pembelian bekalan dadah.

Penganjur juga dipercayai menyewa unit kediaman berkenaan dengan kadar RM1,000 semalam, sebelum menghantar jemputan melalui aplikasi WhatsApp.
Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati 11 daripada mereka positif dadah.

Bagaimanapun, pelakon wanita berkenaan bersama tujuh rakan lain didapati bebas penyalahgunaan dadah, namun ditahan untuk siasatan pada hari berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts