Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Di Usia 100 Tahun

KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia pada usia 100 tahun, pagi ini.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin, 28 September 2026.

Perkara itu disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, ketika dihubungi memetik laporan Bernama.

Tun Dr Siti Hasmah merupakan antara figura wanita yang cukup dikenali di Malaysia dan sepanjang hayatnya turut dikenang atas latar belakang serta sumbangannya dalam bidang perubatan dan kemasyarakatan.

Beliau juga menjadi pendamping Tun Dr Mahathir sepanjang perjalanan panjang kehidupan serta kerjaya bekas Perdana Menteri berkenaan.

Pada Ogos lalu, pasangan tersebut turut menerima pengiktirafan rekod sebagai pasangan centenarian pertama yang direkodkan di rantau ini. (Astro Awani)

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah pastinya meninggalkan kehilangan besar buat keluarga serta mereka yang mengikuti perjalanan hidup beliau sejak sekian lama.

Salam takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga. Al-Fatihah. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *