Pastinya ramai yang teruja untuk mengetahui sejauh mana seramnya sambungan Jangan Pandang Belakang 2 arahan Pierre Andre selepas edisi pertama yang berjaya menarik perhatian ramai kaki panggung.
Jawapannya hanya akan anda temui selepas menonton edisi terbaharu Jangan Pandang Belakang…Aku Tahu Asal Usulmu yang sudah menemui penonton pada 21 November lalu.
Filem itu juga signifikasi comeback MIG selepas tujuh tahun menyepi dalam menerbitkan filem dengan judul terakhirnya Kolestrol VS Cinta.
Meskipun perlu mengambil masa yang lama, CEO MIG, David Teo menjelaskan dia perlu mengambil kira dari segala aspek sebelum kembali aktif dan menemui kecemerlangan seperti dahulu.
Setelah meneliti secara mendalam, akhirnya David Teo selaku penerbit mendapat keyakinan untuk kembali melalui filem Jangan Pandang Belakang… Aku Tahu Asal Usulmu sebagai simbolik kembalinya
MIG ke industri perfileman Malaysia.
Filem Jangan Pandang Belakang … Aku Tahu Asal Usulmu diberi nafas baharu dengan mempertaruhkan Pierre Andre sebagai pengarah yang pernah digelar sebagai King Of Horror.
Pierre kembali selepas 10 tahun menyepi dengan sentuhan magis yang membawa kelainan bagi sebuah filem seram tempatan.
Filem berkenaan ditayangkan di 14 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Cambodia, Philippine, Myanmar, Vietnam, Laos, Rusia, New Zealand, Turkey, Australia.
Tayangan di 14 buah negara ini sekaligus
merupakan suatu rekod baharu yang dianggap baik dan menakjubkan bagi industri perfileman Malaysia.

Filem Jangan Pandang Belakang … Aku Tahu Asal Usulmu ini dibarisi oleh Emma Maembong, Iedil Putra, Mawar Rashid, Alif Hadi, Ruminah Sidek, Hafidzuddin Fazil, Cat Farish dan pelakon prolifik Khatijan Tan.
Filem ini merupakan kisah kesinambungan saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk didampingi.
Namun, ada sesuatu yang menghalang dan membawa pelbagai kejadian menyeramkan dengan pengajaran jin tidak diperlukan untuk menjaga umat manusia. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan