SHAH ALAM : Senarai 12 lagu sudah diumumkan bakal bersaing dalam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang bakal berlangsung 3 Mac 2024.
Di sebalik pengumuman itu, nama dua penyangi senior dan legend iaitu Ziana Zain serta Datuk Jamal Abdillah dipetik seorang dari juri peringkat semi final Muzik-Muzik 38.
“Semua penyanyi patut contohi Ziana dan Datuk Jamal yang tetap menyanyi sendiri tanpa menggantikan penyanyi lain di pentas ini meskipun sudah senior,” kata Azmeer.
Dia berkata, sikap profesional itu wajar dipuji dan dicontohi sebagai sokongan bermakna terhadap lagu yang dicalonkan.
Lebih manis, kedua-dua lagu penyanyi berkenaan iaitu Waktu (Ziana bersama Hasif Upin) dan Kucuma (Datuk Jamal bersama Wany Hasrita) layak ke pentas AJL38.
Antara lagu yang layak terdiri daripada Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Astana (Ernie Zakri), Sutera (Aisha Retno) Darah (Marsha Milan) dan Santai (Naqiu mewakili Faizal Tahir).
Kemunculan sekali lagi penyanyi Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan tentunya membuatkan para peminat tidak sabar untuk melihat siapakah yang bakal membawa pulang trofi Vokal Terbaik.
Selain itu, turut menggegarkan pentas final AJL 38 dengan kemunculan semula penyanyi terkenal Ziana selepas kali terakhir tampil di pentas berprestij itu 12 tahun lalu.
Kesemua lagu yang berjaya mara diadili oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.
Senarai lagu yang bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 :
1. Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
2. Sutera – Aisha Retno
3. Santai – Naqiu
4. Inilah Jalannya – Kugiran Masdo
5. Astana – Ernie Zakri
6. Darah – Marsha Milan
7. Kalam – Shiha Zikir
8. Hasrat – Amir Jahari
9. Kucuma – Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita
10. Bintang – Hael Husaini
11. Waktu – Ziana Zain & Hasif Upin
12. Selagi Ku Ada – Khai Bahar & Nabila Razali
Masih terlalu awal, namun Sutera karya sepenuhnya Aisha mempunyai peluang cerah muncul juara AJL38.
Apapun pastinya bukan laluan mudah kerana karya air tangan Aina menerusi Jangan Mati Rasa Itu cukup pakej untuk diangkat sebagai pemenang utama.
Begitu juga, ekspresi segar dan gubahan kemas Santai oleh Faizal Tahir yang dinyangikan Naqiu juga bukan karya sembarangan. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual