December 8, 2024

Tidak Merokok, Energi Luar Biasa Sifu – M.Nasir Kembali Dengan Konsert Datuk M.Nasir Cipta 2 

Gagah perkasa di pentas untuk tempoh tiga jam pada konsertnya baru-baru ini membuktikan figura ini bukan sembarangan.

Energi luar biasanya alibi kukuh menepis usia bukan halangan malah hanya angka untuk Datuk M.Nasir menawan seisi pelusuk stadium dengan kemampuan mengalirkan adrenalin pada setiap hadirin.

Akui sifu muzik ini, menjaga makan dan aktif sejak muda membantunya menjadi dirinya pada hari ini.

“Saya makan makanan yang baik dan aktif, ya bukan mudah tapi perlu jaga.

“Saya juga tidak merokok,” atur kemas tuturnya.

Lantaran tidak hairan, beliau kembali dengan dengan edisi kedua Konsert Datuk M.Nasir Cipta 2 yang bakal berlangsung pada 12 Oktober depan.

Konsert yang diadakan kira-kira dua bulan selepas edisi pertama pada 10 Ogos lalu, tiket konsert kali ini yang dibuka untuk jualan hanya terhad kepada 6,000 keping sahaja.

Pengasas ICON Entertainment, Iman Tang berkata, konsert itu sebagai extended version selepas mendapat permintaan ramai.

“Kita mendapat permintaan untuk satu lagi konsert dan kira-kira 3,000 tiket sudah ditempah.

“Kali ini pastinya lebih istimewa dan mood lebih santai.

“Kami akan cuba membawakan lagu-lagu  yang tidak dibawakan di persembahan pertama dan kami akan menambah lagi beberapa lagu baru (rakaman-rakaman saya) dalam persembahan kali ini,” katanya.

Sementara itu, M.Nasir turut mengesahkan bakal membawakan lagu-lagu popularnya yang tidak dibawakan pada edisi lalu.

Harga tiket dijual bermula RM 238 (Fantasia Bulan Madu- FBM), RM338 (Mentari Merah Di Ufuk Timur- MMDUT), RM458 (Layang-layang Terputus Talinya- LLTL), RM488 (Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara- SBSDGS), RM528 (Laila Namamu Teratas- LNT) dan RM588 (Keroncong Untuk Ana- KUA). Tiket mula dijual pada 27 Ogos 2024 (Selasa) pukul 2:00 petang di laman www.ticket2u.com.my/mnasircipta2 . – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts