Brik yang diasaskan dua pasangan adik beradik menyambut ulang tahun pertama dengan menampilkan 21 beg baru pelbagai warna selari pemacu trend terkini dalam industri fesyen.
Diasaskan oleh dua pasang adik beradik iaitu Amirrul dan Nashrul serta Brina dan Kira, juga meraikan usia jenama mereka dengan penglibatan selebriti dan influencer terkenal.
Produk beg dengan pelbagai reka bentuk yang diilhamkan Brïk mempunyai signatur tersendiri — warna warni ‘menjerit’ Chroma yang sentiasa memikat dan elegan kini akan menjadi lebih meriah apabila empat beradik ini siap memperkenalkan serta menambah kemeriahan ‘keluarga’ ini.
“Brïk kami ilhamkan bersama dan mengenang atau melihat semula ke belakang atau tempoh satu tahun usianya, memang tidak semua manis tapi harus kami banggakan kerana tidak pernah mengalah,” kata Nashrul.
Brïk berharap dengan 21 keluaran terbaru ini akan menjadi pelengkap gaya yang paling berbaloi kerana boleh digunakan dalam pelbagai majlis melalui ‘sistem’ suai padan.
“Bukan hanya memperkenalkan 21 warna baru, atas permintaan cukup menggalakkan Brïk juga mengembalikan warna-warna asal beg sebelum ini,” tambah Brina.
Satu tahun juga mengajar Brïk agar terus bergerak positif dan inovatif. Maka ucapkan selamat datang kepada ‘keluarga baru Brïk.
‘Mereka’ termasuklah Chroma Bag yang mendapat sentuhan ‘manis’ materi dari denim! Denim Chroma Bag akan kelihatan sangat klasik namun anggun sesuai untuk semua majlis.
Tidak cukup dengan keluaran Denim Chroma Bag, penggemar beg tote sila siapkan poket anda.
Penggemar satin dan beg jenis tote jangan lepaskan peluang ini. Diperbuat daripada fabrik satin berkualiti tinggi, semua golongan boleh menggayakan Posh Tote tanpa kekangan.
Terakhir sekali, satu lagi produk Brïk yang amat sukar ditolak ; Petite Chroma (Crossbody Bag) yang merupakan koleksi terbaru, inspirasi dari ‘best selling chroma’ Brïk yang merupakan versi mini. Ia boleh dipakai secara crossbody atau dompet kecil.
Sambutan ulang tahun pertama ini tidak akan lengkap tanpa kehadiran tetamu-tetamu istimewa Brïk iaitu para pempengaruh tempatan serta dari Indonesia.
Mereka termasuklah Baim Wong, Paola Serena, Tyna Dwi Jayanti, Hellua Schuldt Hadi, Catherine Sumitri, Cindy Karmoko dari Indonesia yang akan bergabung menjadikan majlis ini istimewa bersama barisan pempengaruh tempatan iaitu Leona, Yaya Zahir, Pinn Yang dan Johanis Sani. – GayahIsTyping
You may also like
-
Precious Of Malaysia Ke Kota Paris – Istimewa Kehadiran Sultanah Nur Zahirah Di Malam Gala
-
Precious Of Malaysia Iktiraf Pereka Muda – Cabar Empat IPT Bersaing Dengan Pereka Sebenar
-
Terjemahan Patriotik Fazura – Lancar 12 Rekaan Tudung Khas Sempena Merdeka
-
Labur RM600,000 Lahirkan Liquffe – Nikmati Kopi Tanpa Bancuh
-
Jaga Martabat Tanjak – Boleh Kreatif, Tapi Jangan Sampai Lacurkan Budaya