Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Sumber yang mengesahkan perkara itu kepada BH Online, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
Fattah dan Fazura bernikah pada majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November 2017.
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen.
Ada netizen dilihat mempertahankan pasangan selebriti itu dengan menyatakan mereka tidak perlu mempamerkan kebahagiaan dalam gelanggang media sosial.
Ketika ditemui media pada majlis pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di sini, pada 22 Julai lalu, Fazura bagaimanapun menafikan spekulasi rumah tangga bergolak, sambil menjelaskan hubungannya dengan Fattah baik-baik sahaja.
Fazura dilapor menjelaskan, dia dan Fattah bahagia dan gosip mendakwa rumah tangga bermasalah hanyalah andaian semata-mata. Fazura dilapor berkata, dia dan Fattah sepakat tidak menunjukkan kebahagiaan dalam media sosial bagi menghormati isu Palestin dan penderitaan yang dialami saudara Islam di sana.
“Saya faham peminat ambil berat sebab sudah lama tak nampak kami bersama. Jujurnya, saya memang hadkan ‘posting’ mempamerkan kemesraan dalam media sosial.
“Saya sangat terkesan melihat penderitaan rakyat Palestin. Adalah tidak adil untuk tunjukkan kebahagiaan dengan suami, sedangkan rakyat Palestin sedang menderita ketika ini.
“Bukan setakat gambar bersama Fattah, malah gambar bersama anak, Fatima pun saya fikir panjang sebelum kongsi dalam media sosial.
“Jadi, kalau ada spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah, itu memang tidak betul. Saya dan Fattah okay sahaja,” katanya.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: BERITA HARIAN
You may also like
-
Fattah Fazura Cerai: Nafi Curang, Tak Sangka Buka Aib
-
Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada Persefahaman Dan Curang
-
Terima Kasih Suria FM – Buka Peluang Penyanyi Dikir Kelantan Ketengahkan Bakat
-
Abang Bomba Pendengar Setia Suria FM – Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire Tarik Peminat Brunei, Singapura
-
Teater Nilamsari – Angkat Perjuangan Seni Dan Persilatan