November 13, 2024

Shah Rukh Khan Geng Pelangi? – Peminat Ragui Aktor Kegilaan Ramai

Nama Shah Rukh Khan terus berada dalam radar panas apabila terbaru dia dikaitkan gemar mengunjungi kelab malam golongan gay.

Hal itu tercetus apabila penyanyi, Suchitra Ramadurai mendedahkan mengenai bekas suaminya, Karthik Kumar yang suka berhibur di kelab gay mengejutkan ramai apabila turut mengheret nama Shah Rukh Khan dan pengarah, Karan Johar dalam kes sama.

Dalam pendedahan yang dibuat penyanyi itu mendakwa bekas suaminya dan dua rakan artis berkenaan gemar mengadakan pertemuan di kawasan komuniti penyokong hubungan sejenis, terutama di luar negara.

Antara destinasi kesukaan lelaki terbabit adalah pusat hiburan di London yang disifatkan penyanyi berusia 50 tahun itu gelanggang perjumpaan paling ideal mereka.

“Mereka gemar mengunjungi kawasan gay di London. Mereka menyatu dalam suasana itu dan menikmati malam,” katanya yang mencetuskan keraguan ramai terhadap Shah Rukh Khan.

Selepas video wawancara tersebut tular, Karthik yang juga aktor dan pelawak mengakui sebagai homoseksual malah berbangga dengan seksualitinya.

Begitupun, Raja Bollywood serta rakan baiknya, Karan tidak bersuara selain dilihat enggan melayan dakwaan berkenaan. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts