April 20, 2024

All Stars Gegar Vaganza Bawa Juara Lawan Juara

KUALA LUMPUR : Gegar Vaganza bakal menghangatkan malam Ahad apabila kembali untuk musim ke-10 (GV10) bermula pada 24 September depan dengan jenama All Stars Gegar Vaganza.

Lebih menarik edisi kali ini menampilkan kesemua 10 juara dari musim pertama hingga ke-10 termasuk dua juara di musim keenam.

Kesemua bintang yang bakal kembali bersaing di pentas GV10 ialah bintang-bintang yang akan kembali bertanding adalah Ayai, Siti Nordiana, Azharina, Naqiu dan Hady Mirza. 

Selain itu yang turut disenaraikan adalah Noryn Aziz, Datuk Aishah, Cliff Umar, Aliff Aziz serta Jaclyn Victor. 

Sementara itu, peserta pilihan yang terdiri pemenang antara tempat kedua dan keempat setiap musim juga disenaraikan untuk undian peminat.

Bagaiamanpun hanya lima akan bertanding di pentas GV10 bersama sepuluh peserta lain selama 12 minggu persaingan.

Barisan juri GV10 pula terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Peringkat akhir All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts