KUALA LUMPUR: Siri Jelajah Suria kembali dengan lebih segar dan bergaya bagi edisi kali ini menampilkan Anggun Cotton Collection sebagai penaja utama.
Selain menangkat muzik 90-an hingga terkini, Suria FM terus mengangkat muzik dengan membawa nostalgia irama 80-an pada Jelajah kali ini.
Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid berkata beberapa artis 80-an bakal membuat kemunculan dalam siri jelajah yang lebih meriah kali ini.
“Kami di Suria FM sentiasa meraikan artis daripada setiap era sebagai menghargai dunia muzik kita yang terus rancak dan dhiasi dengan artis dulu dan baru,” katanya.
Peminat dan pendengar Suria FM ini adalah peluang korang untuk bertemu dengan semua penyampai Suria FM.
Siri Jelajah Suria kini kembali menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023 bertemakan sentuhan ’80an, 90an, dan terkini.
Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan membuka tirai pada hari Sabtu, 11 Februari di Paradigm Mall, Johor Bahru, dikuti Zon Utara pada 19 Februari.
Lokasi seterusnya di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang pada 25 Februari 2023 dan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac 2023.
Lebih mengujakan, Jelajah Suria pada kali ini bakal membariskan lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists, Khai Bahar, Aishah, Ruffedge,Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Newboyz, Xpose, Azan Scan, Misha Omar, Venus, Ella, Haqiem Rusli, Alif Satar & The Locos, Meer Nash, Da Unknown, Wani Annuar, Aiman Zaidi, Heedan Mohd dan ramai lagi.
“Siri Jelajah Suria adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan ole peminat dan pendengar Suria FM. Oleh itu, pada jelajah kali ini, kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas selaku penaja bersama akan berikan kelainan but para pendengar dengan menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur.
“Pengunjung Jelajah Suria Anggun Cotton Collection berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth ‘Kedai Suria’ seperti edisi terhad Jersey Suria, T-shirt Suria, lanyard, payung dan drawstring bag,” katanya yang lebih mesra disapa DJ Lin.
Menariknya lagi wang tunai lebih RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria kali ini menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia