January 19, 2025

YEG Perkenal Diploma Lahirkan Penguatkuasa Profesional Berintegriti

PUTRAJAYA: Platform konsultan pendidikan, YEG memulakan kempen pesta sambung belajar tahun ini dengan memperkenalkan Diploma Penguatkuasa Undang-Undang

Dengan kempen#belajarteruskerja untuk edisi 2023 bidang berkenaan sangat istimewa kerana objektif utama penubuhannya adalah untuk melahirkan pegawai-pegawai penguatkuasa di Malaysia yang profesional dan berintegriti demi menjaga kesejahteraan rakyat.

Diploma ini menjadi program pertama yang menggabungkan pelbagai
tenaga pengajar daripada pelbagai badan penguatkuasa seperti pegawai kastam, peguam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang berkhidmat di industri masing-masing.

Selain itu, para graduan daripada diploma ini dikhususkan untuk dipimpin dalam membina kerjaya sama ada untuk kerjaya yang melibatkan badan berkanun atau tidak berkanun.

Tempoh pembelajaran program diploma ini adalah selama 2 tahun 3 bulan dan kemudiannya disertai dengan 3 bulan latihan industri.

Malah ia juga selari dengan pengkhususan pilihan pelajar untuk terlibat dengan
kerjaya yang lebih terbuka dan pelbagai seperti pegawai kastam, pegawai imegresen, pegawai majlis daerah dan pembandaran atau polis bantuan.

Syarat-syarat kelayakan untuk menyertai bidang ini adalah lebih terbuka dan longgar dari segi akademik seperti mendapat tiga kepujian, kredit bahasa Melayu, lulus subjek Sejarah dan dua kredit bagi mana-mana subjek SPM.

Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan secara praktikal lebih ditekankan untuk program diploma ini sejurus memberi penekanan bahawa pengalaman dan
kemahiran lebih dititik beratkan untuk melahirkan penguatkuasa yang profesional.

Sementara itu, YEG terus relevan apabila berjaya membantu pelajar yang mengikuti kursus yang ditawarkan mencapai 90 peratus peluang mendapat terus pekerjaan selepas tamat pengajian. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts