June 10, 2023

Zaf Minta Jangan Guna Nama VE

KUALA LUMPUR: Ahli VE yang baru menamatkan persaingan di Gegar Vaganza Musim ke-9 (GV9) diminta supaya tidak memakai nama kumpulan itu sebaliknya menggantikan dengan nama baharu.

Zaf selaku ahli asal dan ketua kumpulan itu berkata, tindakan berkenaan adalah jalan terbaik supaya tidak timbul isu dan kekeliruan.

“V.E is V.E. Nama, reputasi dan hasil kerja kumpulan itu dibina dengan susah payah. Jadi, cukup 11 minggu digunakan, adalah lebih baik bergerak ke hadapan as a new group, with a new name. It would be a lot better for all of you. 

 “Di sini saya mohon semua pihak menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka, kita saling menghormati dan semoga hubungan silaturahim tidak terus keruh,” katanya

Zaf juga akui dia memilih untuk tidak bersuara ketika GV9 sedang rancak kerana enggan menggangu mana-mana pihak.

“Memang saya diamkan segalanya sepanjang mereka bersaing di GV sebagai menghormati mereka dan stesen produksi iaitu Astro.

“Saya rasa sekarang sesuai untuk saya bersuara. Mereka bagus dan boleh teruskan dengan nyanyian mereka tapi jangan guna nama VE guna nama lain.

“Saya yakin tidak ada masalah dan mereka mampu mencipta jenama baharu memandangkan sudah mempunyai kelompok peminat tersendiri,” katanya.

VE versi GV9

Zaf atau Zafri Nazaruddin berkata demikian ketika sesi sidang media secara Google Meet di sini.

Zaf menambah, konsep dan apa yang dibawakan oleh kesemua ahli terbabit tidak sama dengan perjuangan muzik dan tahap VE.

“Saya selaku ahli asal dan ketua juga keliru sebab saya tidak tahu menahu perkembangan mereka malah diketepikan sepenuhnya termasuk membabitkan penggambilan ahli baharu.

“Fakhiz sebagai contoh, sepatutnya hanya sebagai pengganti saya, tiba-tiba saya dapat tahu sudah diserap sebagai ahli VE. Sejak bila dan atas persetujuan siapa?” katanya.

Konflik antara mereka tercetus apabila Zaf selaku orang yang berurusan dengan Astro untuk VE menyertai GV diketepikan secara tiba-tiba tanpa alasan.

VE sebelum GV9 – Zaf bersama Adib, Cham dan Hakim

Lebih rumit, Zaf mendakwa pengurusan mereka juga tidak membantu malah membiarkan isu ini berlarutan sehingga menimbulkan banyak kekeliruan.

“Saya yang pada asalnya berbincang dengan Astro mengenai penyertaan VE dalam GV9.

“Saya akui ada beberapa langkah yang saya tekankan termasuk menukar pengurusan, kemudian saya terus dipinggirkan dan tidak tahu apa-apa perkembangan.

“Malah saya juga diminta untuk tidak campur tangan dalam hal berkaitan penyertaan VE dalam GV9,” katanya.

Selaku ketua kumpulan, dia akui terkilan kerana beberapa syarat sudah dipersetujui termasuk dia boleh muncul dalan pertandingan meskipun terikat dengan komitmen lain.

“Kalau ikutkan saya boleh muncul pada minggu tertentu seperti dibincangkan dan Fakhiz hanya akan menggantikan saat ketiadaan saya.

“Tapi keadaan jadi lain, malah saya tidak tahu menahu langsung perkembangan selepas itu termasuk penggambilan ahli baharu,” katanya.

Lantaran itu, Zaf berpendirian lebih baik kesemua mereka meneruskan kerjaya nyanyian dengan nama kumpulan baharu bukannya atas jenama VE.

Untuk rekod, ahli asal VE atau Voices Of Euphonious yang ditubuhkan sekitar 1997 ialah Zaf, Abdullah Ahmad (Lah) dan Shahrin Azmir (Shahir).

VE kemudiannya turut dianggotai oleh Damian Mikhail (Damian) dan Charma Adizalilullah Khalil (Cham). – GayahIsTyping

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts