KUALA LUMPUR: Datuk A. Aida yang mengesahkan sudah bercerai menegaskan dirinya tidak akan merujuk kembali dengan bekas suaminya Ariff Aziz.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini yang mengumumkan sudah kembali solo selepas sah bercerai pada 25 April lepas.
Ini adalah perceraian kali keempat Aida.
” Saya tidak fikir untuk rujuk. Saya lebih tenang sekarang.
” Saya gembira di samping keluarga dan anak-anak. Mereka juga sentiasa menyokong keputusan saya,” katanya.
Penerbit yang aktif dalam industri seni itu berkata, mereka bercerai secara baik serta menafikan orang ketiga sebagai punca.
Beliau dalam nada sebak, berkata ajal dan jodoh adalah Rahsia Allah.
Aida yang bernikah degan Ariff pada 21 Julai tahun lalu berkata, mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.
Mengulas mengenai dakwaan kononnya dirinya terpaksa menanggung suaminya, Aida hanya tersenyum.
” I have everything. Apa yang saya mahukan kasih sayang,” katanya.
Gayah harap Datuk A Aida terus cekal dan tabah.
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad