PETALING JAYA: Jika kebiasaannya setiap Januari kita sudah tahu lagu terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL), tapi ini pemilik gelaran berkenaan bakal diketahui pada awal Mac depan.
AJL36 bakal disiarkan secara langsung pada 6 Mac 2022 (Ahad), bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam.
Bagi menyemarakkan lagi AJL 36, iklan penjenamaan (brand ad) AJL 36 yang berkonsepkan spektrum warna yang melambangkan tenaga muzik yang sama turut dilancarkan secara rasmi.
Rentak AJL 36 menyatukan kesemua finalis AJL 36 yang mengetengahkan genre muzik yang berbeza juga memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19.

Ia juga menggambarkan aura generasi terkini yang sentiasa berani mencuba sesuatu yang baharu. Selain itu, penggunaan elemen “glitch” dalam iklan ini juga menjurus kepada era digitalisasi dan moden.
Dalam keterujaan untuk meraikan lagu-lagu terbaik tahun 2021, pihak TV3 dan produksi akur dengan situasi semasa negara yang masih diancam dengan penularan virus Covid – 19.
Selepas penganjuran dalam norma baharu di edisi tahun lepas, pihak TV3 dan produksi akan memperinci prosedur operasi standard yang harus dipatuhi supaya acara ini dapat dianjurkan dengan terancang, sempurna dan memastikan aspek keselamatan warga kerja terjaga.
Dalam pada itu, keputusan sama ada AJL kali ini membabitkan penonton di lokasi atau tidak akan ditentukan kemudian.
Berikut ialah 12 buah lagu yang berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 36:
1. MIMPI / HAQIEM RUSLI
2. SEPI / AINA ABDUL
3. NAFAS CINTA / KHAI BAHAR & AINA ABDUL
4. BONEKA / ERNIE ZAKRI
5. PURNAMA / NAIM DANIEL
6.PELUKAN ANGKASA / SOG X SHILA AMZAH
7. INTAN PAYUNG / NORANIZA IDRIS & BUNGA
8. SALAHKU / YONNYBOII
9. AEWO / SHIHA ZIKIR FT NOKI
10. LARA / HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI
11. ANGKARA / SITI NORDIANA
12. CINTA / MARSHA MILAN
– GayahIsTyping
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu