PETALING JAYA: Takhta Ratu Dangdut yang dimahkotakan buat penyanyi ini sukar dinafikan. Amelina signifikan menerusi pencapaian dan kehadirannya dalam industri.
Muncul dengan Ada Untukmu, single baharu dalam genre balada, ternyata menjadi resume terkini penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu bahawa dia selayaknya bergelar ratu.
Masyhur dengan lagi Rindu dan Asyik, mesra disapa Kak Long, penyanyi ini akui gementar ketika menyahut cabaran ini.

“Lagu ini saya dapat sudah lama dan ketika pihak pengurusan Mind Order berikan saya agak blur.” katanya kepada Gayah baru-baru ini.
Amelina berkata, komposer lagu itu Aepul Roza tidak memberikan guide untuknya sebaliknya minta dia nyanyikan dengan cara tersendiri.

Dia berkata, lagu berkenaan sangat dekat dengan hatinya kerana mesej yang benar berlaku iaitu meski apapun yang terjadi, ramai yang ada di sekeliling ibu tunggal anak enam itu.
“Alhamdulillah saya lakukan yang terbaik mengikut cara saya dan saya harap semua peminat suka dan sokong saya,” katanya.

Lagu berkenaan turut menampilkan Sham Visa sebagai hero dalam muzik video yang boleh ditonton di YouTube.
Sementara itu, Amelina tidak menolak sedang dalam fasa mengenali dan ‘sweet-sweet‘ dengan seorang ahli perniagaan.
Bagi dirinya, yang penting ialah lelaki berkenaan dapat menerima anak-anaknya begitu juga sebaliknya.
Gayah doakan yang baik-baik buat Along (Amelina). Ramai yang sayang wanita baik hati serta kuat bekerja ini.
Jom tonton muzik video Ada Untukmu https://youtu.be/NfPnV3f3sb0