January 19, 2025

66 Jam Tanpa Henti, 1 Juta Pengunjung

KUALA LUMPUR : Berlangsung selama 66 jam tanpa henti, bazar raya Absolut Bazaar x Gaya Raya (ABxGR) bakal berlangsung pada 22 hingga 25 April depan di MITEC, Jalan Duta di sini.

Lebih menarik bazar berkenaan bakal menawarkan kira-kira 500 gerai terbuka dan di dalam dewan termasuk di kawasan Roof Top dengan pemandangan kota raya yang menarik.

Lantaran itu, penganjur yakin mampu menarik sehingga 1 juta pengunjung hadir bagi membeli belah sempena sambutan Syawal mereka.

Dibawakan oleh Absolut Event and Management Sdn Bhd dan My Events International Sdn Bhd, bazar raya kali ini bertemakan ‘Restart, Reboot and Refresh.

ABxGR juga bakal mendapat penyertaan lebih 20 artis ternama antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Mira Filzah, Fattah Amin, Emma Maembong, Zizan Razak dan ramai lagi.

Orang kuat Absolut Event and Management Ben Ali berkata, bazar ini kembali selepas dua tahun aktiviti seperti ini tidak dibenarkan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Sebab itu kita gunakan tema yang membawa mesej bangkit semula dan bermula dengan lebih bertenaga bagi semua usahawan menjana pendapatan.

“Kami bersyukur kerana mendapat sokongan rakan selebriti dan peniaga dan kami tawaran harga yang sangat berpatutan bermula dengan RM2,800 satu ruang niaga,” katanya.

Ben berkata harga promosi tempahan awal itu boleh ditempah segera oleh peniaga yang berminat.

Ben Ali dan isteri Nadya Sahab

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Hema Kandy berkata, pihaknya juga memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan sentiasa dipatuhi.

“Kami memberi jaminan aspek keselamatan diberikan perhatian termasuk memastikan pengunjung yang hadir mempunyai status My Sejahtera yang bebas dari risiko Covid-19.

“Pemeriksaan juga akan dijalankan di pintu masuk utama selain kami bersedia untuk penjarakan sosial yang ditetapkan termasuk satu ruangan khas jika jarak perlu dilebarkan,” katanya.

Hema menambah pelan bayaran ansuran juga ditawarkan kepada usahawan yang berminat untuk menyertai bazar itu.

Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan MITEC, Winnee Lim berkata pemilihan lokasi paling sesuai dengan ruangan yang luas serta akses kenderaan awam dan tempat letak kenderaan.

“Kami juga akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat e-hailing serta menyediakan kenderaan angkut dari stesen kenderaan awam ke MITEC.

“Kami yakin majlis ini akan berjalan dengan lancar dan memberikan pengalaman membeli belah yang selamat,” katanya.

Ben menambah ruangan solat serta Imam solat terawih juga disediakan di lokasi bazar serta ruang untuk berbuka puasa.

Dia berkata, usahawan yang kurang berkemampuan juga boleh membuat pinjaman dengan badan berlesen yang dilantik oleh pihak penganjur.

Mereka yang berminat boleh menghubungi nombor di bawah :

Absolut Event & Management – 0179311186
My Events International – 0123355067
MITEC – 0122092530

– GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts