September 27, 2023

Aliff Aziz Juara GV8

PUTRAJAYA : Aliff Aziz dinobatkan juara Gegar Vaganza Musim ke-8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Penyanyi dari Kota Singa itu membawa pulang wang tunai RM100 ribu dan trofi sumbangan Astro.

Dia menyampaikan tiga buah lagu iaitu Sampai Syurga, Dealova (duet bersama Hafiz) dan Bangun (battle bersama Aweera)

Manakala Nikki Palikat dan Suki Low masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Persembahan malam ini diadili juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow selaku juri tempatan.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula menjadi milik Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera.

Konsert final yang diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut diserikan dengan persembahan Hetty dan Syafinaz menerusi lagu Kisah Hati yang diiringi muzik pimpinan Ramli MS. – GayahIsTyping

Keputusan Gegar Vaganza Musim ke-8 (GV8)

Juara : Aliff Aziz
Naib Juara : Nikki Palikat
Ketiga : Suki
Keempat : Adibah Noor
Kelima : Azan Scan
Keenam : Aweera

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts