PUTRAJAYA : Program hiburan signatur Astro, Gegar Vaganza (GV) terus membuktikan rancangan berkenaan kekal relevan apabila menerima penganugerahan antarabangsa baru-baru ini.
GV terbitan Astro Ria dianugerahkan Program Muzik/Tarian Terbaik Asia* di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.
Perkara itu dikongsikan hos rancangan berkenaan Nabil Ahmad dan Jihan Muse semasa konsert mingguan berlangsung.
Nabil dan Jihan mewakili pasukan penerbitan tenaga kerja GV mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya penonton yang terus menyokong program berkenaan.
“Terima kasih kepada semua yang terus menyokong GV dan kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama,” kata mereka.
Memasuki musim kelapan tahun ini, GV juga berlangsung dengan jayanya ketika negara berdepan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
Malah program berkenaan turut berlangsung tanpa penonton pada musim ketujuh yang lalu.
Kembali dengan musim terbaharu bermula 21 November lalu, GV berlangsung mengikut SOP yang ditetapkan.
Antaranya termasuk hanya empat orang dibenarkan di atas pentas dalam satu masa termasuk penari.
Malah, peserta juga tidak dikumpulkan di pentas seperti kebiasaan dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi.
Bermula malam tadi, GV kembali meriah apabila had orang diatas pentas dibenarkan mengikut size pentas dan kekal dengan penjarakkan yang ditetapkan.
Tahniah buat pasukan GV daripada Gayah. – GayahIsTyping
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu