KUALA LUMPUR : Pasangan pelakon dua sejoli Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bergelar pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu di sebuah resort persendirian di Janda Baik, Pahang.
Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Izzuddin Abdul Mutalib.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.
Dalam majlis berkenaan, beberapa wajah popular turut menjadi saksi upacara pernikahan mereka antaranya adik-beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.
Hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan