PUTRAJAYA: Di sebalik kisah panas dua markah pada konsert minggu pertama Big Stage yang lalu, tiga peserta nekad berusaha memberikan yang terbaik.
Mereka akur dengan teguran kesemua juri profesional Ajai, Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah mengenai mutu persembahan yang diberikan.
Faizal misalnya, meskipun dilihat pemurah memberikan markah, dia senada dengan Ajai mengenai kualiti persembahan.
“Saya tak rasa seperti mereka mahu menang dan memerlukan pentas ini untuk membuktikan mereka relevan.
” Sedangkan dua musim lalu, peserta sudah menunjukkan tahap mereka sejak tugasan minggu pertama,” katanya.
Lantaran, Azzam Sham, Hanie Soraya dan Qody Rashid mahu memperkemaskan persembahan dan menyahut cabaran barisan juri.
Azzam yang muncul dengan markah tertinggi berkata, semua itu rezeki dan terlalu awal untuk berasa selesa.
” Saya akui gugup dan takut sebab sudah lama menyepi. Syukur segalanya dipermudah. Banyak yang perlu diperbaiki.
” Saya juga mahu gunakan platform ini sebaik mungkin untuk menyerlahkan bakat yang ada,” katanya.
Hanie pula sedar, dia perlu berusaha keras bagi mencuri tumpuan pengundi online kerana mendapat pungutan terendah undian itu.
“Saya berdiam diri terlalu lama, dan saya akan bangkit serta berhubung semula dengan peminat. Saya terharu sebab ada kalangan mereka yang masih setia dengan saya,” katanya.
Qody antara yang bakal menjadi perhatian Ahad ini mengakui teruja dan pada masa sana gementar kerana memilih untuk membawakan lagu Cindai dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Dia berkata, akan membawakan caranya tersendiri dan mengekalkan susunan asal muzik lagu malar segar itu.
“Mestila risau juga, tapi ini cabaran dan saya akan lakukan yang terbaik termasuk cuba menari semampu mungkin,” katanya.
12 peserta masih terus bertahan meskipun Amir Hassan pada awalnya diumumkan peserta pertama tersingkir.
Gayah harap semua peserta buktikan mereka mampu lakukan lebih baik dan membuka mata juri.
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia