September 23, 2023

Allah Sayang Shuib, kata Ebit Lew

SHAH ALAM: Pendakwah dan Ustaz Selebriti Ebit Lew mengingatkan Shuib bahawa Allah sentiasa menyayangi hamba-Nya.

Beliau berkata demikian, dalam satu muat naik di ruangan Insta-Stories akaun Instagram pendakwah berkenaan.

Ebit aktif menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan termasuk ketika virus Covid-19 sedang melanda negara.

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Shuib yang memuat naik posting berkenaan kerja amal Ebit di laman Instagram milik pelawak dan penyampai radio itu.

Insta-Stories Ebit Lew

“Terima kasih Shuib. Allah sayang Shuib dan keluarga. Allah tambah rezeki dan kebaikan mencurah-curah.

“Terima kasih atas sumbangan,” katanya dalam muat naik berkenaan.

Shuib bersama Siti Sarah dan anak-anak mereka.

Ucapan Ebit itu juga difahamkan merujuk kepada sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh suami kepada penyanyi Siti Sarah itu terhadap kerja amal yang dilakukan.

Muat naik di Instagram Shuib.

Shuib, dalam postingnya mengajak orang ramai menyokong usaha Ebit yang terus menyalurkan sumbang kepada pihak memerlukan pada saat sukar ini.

Shuib turut menyertakan nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi Ebit bagi tujuan amal itu dalam muat naiknya.

Sumbangan yang dikumpul Ebit bersama pasukannya.

Gayah berharap semua pihak terutama Geng Gayah yang berkemampuan menyokong usaha murni ini.

Mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun CIMB 8603546376.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts