KUALA LUMPUR : Aktres jelita, Wanna Ali kembali memeriahkan persada seni muzik tanah air apabila melancarkan lagu terbaharunya, Bukan Sekadar Lafaz, duet bersama Aiman Ismail.
Bercerita lanjut tentang lagu ciptaan penuh ibunya, penerbit dan pemilik produksi Pencil Pictures & Records iaitu Datuk Ayu Puteh, Wanna menjelaskan, lagu tersebut merupakan runut bunyi bagi drama lakonannya di slot Akasia TV3 yang menggunakan judul sama.
“Drama ini merupakan terbitan dan saya sebagai pelakon utamanya di sisi Alif Satar. Justeru itu, ibu mencipta sebuah lagu baharu untuk dijadikan lagu tema rasmi drama ini yang kini sedang bersiaran di TV3,” ujarnya.
Mengulas kolaborasi julung kalinya bersama Aiman yang juga adalah bapa tirinya, Wanna anggap kerjasama antara mereka berdua sepanjang proses rakaman dilaksanakan secara profesional, malah tidak risau jika timbul persepsi negatif daripada pihak luar.
“Lirik lagu ini berkisar tentang hidup ibu saya dan suaminya, Aiman. Disebabkan itu, dia mahu ahli keluarga terdekat yang menyanyikannya sebab dirinya bukan seorang penyanyi.
“Dalam keluarga, saya dan Aiman memang sudah lama menyanyi. Maka sebab itulah kami bersetuju untuk bekerjasama merakam lagu ini. Lagipun, ini permintaan ibu sendiri,” jelas Wanna.
Sementara itu, Aiman ketika diminta mengulas berpendapat, kolaborasinya bersama Wanna tidak perlu dijadikan isu besar sementelah mereka tahu menjaga batas masing-masing.
Wanna dan Aiman berharap, penyatuan kedua-dua mereka di dalam sebuah lagu dapat diterima secara positif serta tidak perlu mengaitkannya dengan sesuatu perkara negatif. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan