January 19, 2025

fznor

Editor, Jangan Marah, kata Erra Fazira.

KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu alaf baru, Fazira Wan Chek mahu meneruskan hidup dengan tenang meskipun mengakui apa yang berlaku adalah titik hitam baginya.

Masyhur dengan gelaran Erra Fazira, wanita kental ini memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku.

“Pertama kalinya saya meminta maaf kerana tidak berhasrat mengulas mengenai apa yang berlaku.

” Kepada para Editor jangan marahkan wartawan anda kerana saya memang tidak akan jawab apa yang anda harapkan,” kata aktres terbaik Malaysia itu.

Itulah Erra yang sangat profesional dan tidak akan berlalu meninggalkan media tanpa sebarang kata.

Ibu tunggal kepada seorang puteri itu tetap mengukir senyuman manis dan melayan pertanyaan teman media malah sempat meluangkan masa bergambar bersama.

Erra sempat wefie bersama teman media.

Tidak hairanlah, nama Erra sentiasa mekar dan menjadi buah hati ramai peminat.

Meskipun diasak dengan pertanyaan, Erra utuh untuk tidak mengulas sebarang kenyataan berkaitan isu pertelingkahan dengan seorang pelakon yang pernah menjadi teman karibnya.

“Saya mahu teruskan hidup dengan lebih baik, produktif, tenang dan damai.

” Saya harap sangat pihak media beri kerjasama, kita tutup buku dan mulakan yang baru,” kata figura yang sangat kuat auranya ini.

Gayah percaya Erra kuat. Seperti kata Erra, kalau hatinya sedih, dirinya akan mengadu kepada yang Maha Esa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts