Astro Pilih Bersama Lagi Jadi – Lantik Zizan Razak, ALPHA, Sharifah Shahira Dan Auddra Sebagai Duta

Selaku peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro pada kali ini memeriahkan kehadiran Ramadan 1447 Hijrah, dengan mengangkat tema ‘Bersama Lagi Jadi’, mencerminkan setiap detik Ramadan dan Raya akan lebih indah apabila ia diraikan bersama yang tersayang.

Selain menawarkan seleksi kandungan yang segar dan terkini, kemeriahan kempen Ramadan dan Raya Astro untuk tahun 2026 juga membawakan barisan duta yang akan menggalas tanggungjawab dalam menyampaikan mesej-mesej positif kepada masyarakat, terdiri daripada barisan selebriti terkenal seperti Zizan Razak, ALPHA, Sharifah Shahira dan Auddra .

Naib Presiden, Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand, Astro, Azlin Reza Azmi, berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya, Astro membawakan program jelajah ‘Assalamualaikum’ sebagai pembuka tirai kepada kempen Ramadan yang akan dijalankan. Tahun ini, ‘Assalamualaikum’ akan bertapak di Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 7 Februari 2026, menyantuni sambil menjalankan pelbagai aktiviti menarik bersama masyarakat setempat.

“Tahun ini, Astro mengangkat tema Lebih istimewa, barisan kandungan yang ditawarkan Astro Ramadan kali ini meraikan semua peringkat usia, merapatkan hubungan sesama insan tersayang dengan bersama menonton kandungan-kandungan yang ditawarkan, seperti beribadah dengan kandungan berunsur kerohanian, merehatkan diri dengan barisan drama terkini, dan juga menonton kandungan variasi seisi keluarga,” katanya.

Tambahnya, lebih dari 60 kandungan baharu ditawarkan sepanjang Ramadan di semua platform Astro.

Antara program televisyen menarik ialah Halaqah Nunha, MeleTOP Moreh x Tazkirah Malam Jumaat, Surau Hunting, Mualim Muda: Ke Mekah Kita, Andai Itu Takdirnya 2, Sujud Terakhir Encik Norman dan Keluarga Iskandar 3.

Peminat kandungan digital juga boleh turut berhibur dan menyaksikan program-program terbaik di platform Astro Gempak, termasuk Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani dan Sayang Ajar Masak S3.

Astro First membawa pengalaman pawagam ke rumah anda tiga buah filem yang mengangkat isu sosial realiti masyarakat iaitu Akad Yang Hilang, Abah Saya, Uncle Mike dan Amira Amir. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *