SHAH ALAM: Havoc Midnight Concert yang sebelum ini dijadualkan berlangsung selama dua hari, ditukar menjadi satu hari sahaja iaitu pada Ahad ini bermula jam 9 malam bertempat di Dataran Karnival Shah Alam.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd. Firdaus Nadxaman berkata keputusan itu dibuat selepas penganjur mengambil kira faktor cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.
“Atas faktor-faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan, kami mengambil keputusan untuk menyatukan konsert ini pada tarikh 4 September, Ahad. Setelah berbincang dengan semua artis yang terlibat, kami mengambil keputusan tersebut atas persetujuan mereka,” katanya.
Konsert ini akan menghimpunkan Kugiran Masdo, Noh Salleh, Floor 88, Zynakal, Yonnyboi dan KClique di Dataran Karnival Shah Alam, Selangor dan pastinya gabungan ini pada satu malam akan ‘bikin pecah’.
Peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik idola mereka pada pukul 9 malam sehingga 12 malam dengan pilihan harga tiket baharu bermula dari RM99 (rock zone) dan RM55 (normal zone).
Kesemua tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.
Selain mendapatkan hiburan,usah risau kerana di sini juga akan berlangsung festival makanan dan jualan lainnya yang telah menjadi trademark dan mendapat kerjasama dari Cuti Cuti Malaysia serta Tourism Malaysia sejak acara ini ditubuhkan pada tahun 2019. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan
-
Yayasan Prihatin Salur RM1.5 Juta Sumbangan – Siri 25 Jelajah Ramadan Seluruh Negara
-
Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin Dan Cuckoo Anjur Majlis Silaturahim – Ceriakan Sambutan Syawal Mereka Yang Memerlukan