Bapa kepa penyanyi Azharina Azhar, Azhar M.Y Ahmad meninggal dunia kira-kira jam 1.59 petang tadi di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.
Azharina yang berada di Padang, Indonesia berkata, dia dimaklumkan oleh adiknya mengenai khabar duka itu.
“Saya akan menaiki penerbangan jam 5.30 petang ke Kuala Lumpur sebelum terus mengambil pesawat ke Kota Kinabalu dan dijangka sampai jam 9 malam lebih.
“Saya sudah minta keluarga uruskan pengebumian abah dengan segera dan saya reda dengan ketentuan ini.
“Doakan saya kuat dan saya yakin abah bersama dengan kekasih Allah,” katanya kepada GayahIsTyping.
Penyanyi lagu Elegi Sepi itu turut berkongsi berita sedih itu melalui media sosial miliknya.
Difahamkan, arwah bapanya mempunyai masalah penyakit jantung dan pernah melakukan pembedahan sebelum ini.
Azharina berlepas ke Padang semalam menemani bapa saudaranya untuk satu urusan.
Al Fatihah buat bapa kepada Azharina dan didoakan arwah berada dalam golongan kekasih Allah. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya