KUALA LUMPUR : Dalam usia 21 tahun, bintang muda Indonesia, Syakir Daulay tampil yakin memegang posisi penerbit, pengarah dan pelakon dalam karya sulungnya, Imam Tanpa Makmum.
Meskipun sedar cabaran besar yang menantinya, malah sempat dihalang oleh banyak pihak yang meragui kebolehannya elakon kelahiran Aceh itu tetap berani mengambil risiko.
“Ya, memang bukan mudah pegang tiga posisi serentak dalam satu karya. Sebagai penerbit saya harus memastikan kru dan pelakon semua berada dalam keadaan baik dan di kerusi pengarah saya perlu pastikan penggambaran berjalan seperti mana yang dijadualkan.
“Sementara di posisi pelakon saya perlu lontarkan nilai seni dab lakonan dengan baik. Cukup sukar, cukuplah dalam karya ini sahaja saya pegang begitu banyak tanggungjawab.
“Memang karya ini dibikin untuk saya belajar. Pada masa depan rasanya lebih selesa untuk berada di kerusi pengarah dalam karya yang dibikin sendiri.
“Jika karya orang lain, saya lebih suka menjadi pelakon sahaja,” ujar Syakir yanv memegang watak sebagai Imam.
Sementara itu, pelakon Rayisa Nayla Salwa yang pertama kali berlakon filem sebagai Zahra berharap lakonannya dapat diterima dengan baik.
“Sebelum ini saya seorang model iklan dan juga pempengaruh media sosial, ini adalah percubaaan pertama dalam lakonan.
“Saya bersetuju untuk berlakon kerana Syakir yang merupakan sahabat saya. Andai selepas ini ada lagi peluang lakonan saya akan pertimbangkan,” kongsi Rayisa.
Filem Imam Tanpa Makmum adalah sebuah filem romantik komedi terbitan produksi Indonesia, Syakir Pictures dengan kerjasama Onprima Studio.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Onprima Studio, Mohd Shahir Sulaiman, pihaknya memilih untuk menjalinkan kerjasama ini kerana melihat Syakir Pictures memiliki misi dan visi yang sama dengan pihaknya iaitu ingin memartabatkan karya Nusantara ke peringkat yang lebih tinggi.
Mengangkat tema nikah muda, filem Imam Tanpa Makmum yang menelan kos RM1.4 juta terbitan dan arahan aktor, Syakir Daulay ini agak berbeza daripada kebanyakan naskhah dari negara seberang itu.
Filem Imam Tanpa Makmum yang dibintangi oleh Syakir Daulay, Rayisa Nayla Salwa, Vonny Felicia, Cut Mini Theo, Lukman Sardi dan Arif Brata itu akan mula ditayangkan dipawagam seluruh negara pada 30 November 2023. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya