Atas kesedaran untuk turut sama menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin, maka terlahirlah karya yang bertajuk ‘Palestin : Hak Yang Dinafikan’ oleh band Uncure yang dianggotai oleh Taiyuddin Bakar (vokalis), Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass).
Sebagai kesinambungannya , mereka bakal membuat persembahan Showcase Uncure: Palestin Hak Yang Dinafikan pada 14 September 2024 di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor.
Bukan sekadar menyatakan solidariti, Uncure juga berharap agar melalui showcase itu, ukhwah diantara mereka yang bersama-sama dengan Palestin juga dapat terjalin.
Showcase dianjurkan oleh Onz Management dengan kerjasama Persatuan Inspirasi Muallaf itu juga berhasrat menyumbangkan keuntungan jualan tiket kepada Kedutaan Palestin di Malaysia.
Untuk rekod, band Uncure telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan popular dalam scene underground tempatan.
Sepanjang 28 tahun ditubuhkan band ini telah beberapa kali menukar anggota termasuk vokalisnya.
Bahkan band Uncure pernah berehat seketika disebabkan penularan virus Covid-19 sebelum kembali aktif pada 2023 dan showcase ini merupakan kemunculan sulung pelakon Taiyuddin Bakar atau Tai sebagai vokalis baharu band Uncure.
“Showcase ini bertujuan menggabungkan kelompok yang berbeza asal serta latar belakanh dalam satu acara dengan maksud yang sama iaitu muzik dan solidariti bersama Palestin.
“Ini membuktikan band underground juga ada suara dalam memperjuangkan isu Palestin,” ujar Tai.
Dalam pada itu, showcase ini turut diadakan sempena pelancaran EP berjudul Hak Yang Dinafikan, yang telah dilancarkan di semua platform digital pada 17 Julai lalu. Antara lagu yang terkandung dalam EP tersebut adalah, Palestin Hak Yang Dinafikan, Bengang, Bersama Selamanya, Bersatu dan Oh MakCik.
Mengikut perancangan dalam persembahan berdurasi dua jam setengah bermula pukul 8.45 malam itu, band Uncure akan mendendangkan 10 buah lagu beserta selingan persembahan oleh DJ Soul Boss.
Sungguhpun begitu penonton boleh berada di Warisan Hall Studio seawal pukul 5 petang untuk mengikut aktiviti solidariti yang diadakan sebelum showcase bermula.
Tiket-tiket berharga RM89 (early bird) dan RM100 selepas 25 Ogos 2024 boleh dibeli secara terus menerusi akaun media sosial rasmi band Uncure iaitu Uncure_kugiran (Facebook/Instagram/Youtube) dan Uncure (TikTok) atau hubungi talian, 013 361 6440 – Rara
Mengulas mengenai Tai yang sebelum ini bergelar pelakon menerusi filem Apa Celop Toqq.. dan Hantu Bonceng, dia menerima tawaran menyertai band Uncure kerana percaya dengan kekuatan karya-karya Anaz yang cukup popular dalam scene underground selain mengambil peluang untuk menonjolkan sisi berbezanya kepada peminat.
“Selepas sekian lama hanya bermain dalam scene underground kini kami cuba untuk keluar dari kepompong. Selain masih kekal bersama kelompok peminat kami, band Uncure cuba untuk melebarkan sayap ke industri muzik mainstream.
“Kami semua bukan muda lagi, jadi saya mahu beri sehabis baik dan lihat berapa jauh band Uncure boleh pergi. Mungkin dengan cara ini kami akan menerima peminat yang baharu.
“Kami juga bersedia dengan apa jua respon yang bakal kami terima… Namun yang lebih penting bagi kami adalah karya kami dapat dikongsi kepada khalayak serta berharap agar ada manfaat disebaliknya.” kongsi Tai. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
FestStar Influencer by Puterabell Saji Hiburan Keluarga – Makan Serta Konsert Percuma
-
PMNI Lahirkan Pendakwah Bertanggungjawab Bukannya Jadi Selebriti – Seimbang Ilmu Dunia Akhirat
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak