April 20, 2024

Duta 13 Jenama, Lancar Enam Single

KUALA LUMPUR: Usaha kerasnya membina nama ternyata membuahkan hasil, apabila Datuk Fazley Yaakob bakal bekerjasama dengan 13 jenama tempatan dan antarabangsa pada tahun 2023. 

Beliau berkata pencapaiannya itu antara resume terbaik sepanjang bergelar anak seni dan berusaha menampilkan kebolehan yang pelbagai dalam dirinya.

“Saya pernah diminta untuk fokus pada satu bidang saja, tapi saya degil dan bagi saya kita kena ada pelbagai kemahiran. 

“Saya juga sedar bukan mudah jika hanya mahu berharap pada karier nyanyian, jadi dari situ saya asah setiap bakat yang saya ada. Alhamdulillah semua dipermudahkan Allah,” katanya.

Fazley ditemui pada majlis makan tengah hari sempena hujung tahun bersama media di restoran miliknya Suka Sucre baru-baru ini.

Tambah The Singing Master Chef itu, pencapaian itu juga berkat doa dua wanita dalam hidupnya iaitu ibu dan isteri serta rezeki anak-anaknya.

“Mulai Januari 2023, saya secara kolektifnya bekerjasama dengan 13 jenama lokal dan antarabangsa dalam masa yang sama.

“Saya akan bertindak sebagai cef dan duta untuk jenama tersebut. Antara jenama yang saya boleh beritahu setakat ini adalah kerjasama dengan kedai serbaneka dari Korea yang kita akan lancar pada Januari (2023).

“Kemudian hospital, ada tiga nama iaitu dengan Pantai, Glenegals dan Prince Court. Baru-baru ini, kita ada buat soft launch bersama sebuah jenama contact lens (kanta lekap) Korea yang dipanggil Bionic,” katanya.

Fazley menjamu teman media dengan signatur dessert.

Tambah Fazley, beliau juga bakal bekerjasama dengan Oasis Home iaitu jenama yang mengendalikan produk Korea dan tempatan yang merupakan kedai untuk barang peralatan masakan.

Selain itu, Fazley yang juga pernah bergelar pelakon masih bersama jenama seperti Tony Roma’s, Manhanttan Fish Market, Starbucks dan tepung Agricore.

Pernah popular dengan lagu Asmara Ini, Fazley juga bakal muncul dengan enam buah single tahun depan dalam memastikan kesinambungan kerjaya seninya.

“Tahun 2023, comeback saya dalam dunia nyanyian, sedang terbit enam lagu. Dalam masa yang sama yang akan dikeluarkan oleh Rocketfuel bersama DJ Fuzz dan kita tampilkan seorang artis wanita,” katanya.

Sementara itu, Fazley turut berkongsi restoran miliknya akan beralih angin ke lokasi baharu dengan naik taraf lebih menarik bermula tahun depan. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts