PUTRAJAYA : Saat pentas Big Stage 4 (BS4) dibuka semalam, hati terus berbunga melihat betapa Astro begitu menitikberatkan elemen hebat dalam setiap programnya.
Lebih lagi, melihat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai beradu suara menerusi lagu Keliru yang another level.
Kemudian, satu demi satu Astro ghairah membawakan kejutan menyebabkan soldadu media sosial tak senang duduk sebaik nama Presiden Netizen diumumkan.
Ya, realiti televisyen, malah semua faham isu rating dan dollar and cent tapi kenapa Astro?
Sejak malam tadi dan masih belum berhenti, semua lapisan bukan saja netizen malah orang ramai serta penggiat industri masih hairan dengan kejutan yang berlaku.
Kredibiliti program yang masuk musim keempat tercalar dalam masa beberapa saat.
Kejutan itu juga membuatkan ada yang berpendapat juri profesional dipermainkan dan bagaikan dihina.
Tidak cukup dengan itu, apa sudah jadi dengan prestij program ini di mana ramai tahu bukan senang peserta untuk layak.
Astro juga tidak patut mengizinkan semua ini berlaku, hak 11 peserta lain bagaikan dinafikan dan bakat mereka diperlekeh.
Beberapa nama yang tampil dengan persembahan berkualiti larut dek kejutan murahan dengan membawa masuk makhluk yang memang gilakan perhatian.
Peluang apa yang perlu diberikan? Kenapa dia dan apa lebihnya dia? Banyak lagi Bakat Baru Nak Up (BBNU) yang wajar diberikan peluang.
Ada juga netizen yang hairan bagaimana peserta itu boleh terus membuat persembahan tanpa kuarantin sedangkan dia mendakwa di atas pentas ketika siaran langsung dia baru tiba dari Indonesia.
Gayah sempat bertemu dengan Pengurus Saluran Astro Ria Norzeha Mohd Salleh bagi bertanya mengenai hal ini.
Dia berkata nama peserta yang diumumkan sebagai peserta ke 12 BS4 memang sudah dalam senarai pendek sejak majlis pengumuman program ini sebelum ini.
“Kami mahu beri peluang kepada dia buktikan jumlah jutaan tontonan yang dimilikinya selari dengan bakat yang dimiliki.
Malah kami ada tenaga pengajar untuk membantu.“Dari segi Presiden Netizen pula, ia berkaitan dengan komitmen membabitkan hal penajaan,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan peserta terbabit yang kononnya mahu menarik diri, Norzeha berkata ia dibenarkan dengan alasan munasabah. – GayahIsTyping
You may also like
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists