SHAH ALAM: Festival Ramadan Selangor atau ringkasnya dipanggil Festira bakal merancakkan ekonomi usahawan dinegeri pasca pandemik Covid-19.
Menjadi antara festival Ramadan terbesar di Malaysia, Festira’22 anjuran PKNS Real Estate (PREC), diyakini mampu menjadi pemacu dalam merancakkan semula sektor perniagaan yang telah tiga tahun suram.
Justeru, tema “Cahaya Festira” menjadi pilihan tahun ini demi menyokong usaha negara dalam mencapai sasaran keseimbangan di antara kelangsungan ekonomi seiring dengan kesihatan awam.
Ketua Pegawai Eksekutif PREC, F5akru Radzi Ab. Ghani berkata, Festira’22 membolehkan lebih 500 peniaga menjalankan perniagaan mereka.
Pelbagai pilihan Dari booth yang menjual pelbagai pilihan busana untuk persiapan Aidilfitri, sehinggalah Bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa bermula 3hb April 2022 nanti.
Menurutnya, seperti tahun-tahun sudah, Festira’22 masih mengekalkan persembahan artis jemputan sebagai halwa telinga pengunjung ketika membeli-belah.
Antara barisan artis yang bakal menghiburkan adalah, Haiza, Nomad,Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie. Juga dibawakan persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan.
Festira kali ini turut dimeriahkan dengan bazar selebriti membabitkan artis popular antaranya Bob Yusof, Anzalna, Shuib serta ramai lagi.
Festira’22 turut membawakan ceramah hujung minggu yang akan disampaikan oleh pendakwah dan juga personaliti TV terkenal seperti Ustaz Safwan Idris dan Imam Muda Nazrul.
Lebih menarik tahun ini juga bakal menampilkan adik Qalif Nasurdin, seorang tahfiz berusia 13 tahun, yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Kulim, Kedah.
Sementara itu, di PKNS Bangi, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan Buskers Kerohanian yang diadakan setiap petang, bermula 8hb Mac 2022 dari jam 5.00 petang hingga 9.00 malam.
“PREC juga terus kekal dengan aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan melalui kolaborasi bersama syarikat rakaman terpilih untuk beberapa Majlis Berbuka Puasa bersama NGO yang bakal diumumkan kelak,” katanya.
Selain itu, kesemua ciri-ciri tradisi festival ini seperti program bubur lambuk, kaunter zakat dan wakaf, serta penyediaan ruang solat yang besar dan selesa termasuk solat tarawih masih diteruskan,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Survival Seni Sissy Iman – Lupakan Tas Tangan Mewah Demi Sebuah Impian
-
‘King Of Grill BBQ Buffet Dinner’ – Selera Premium Berpatutan Di The Pearl Kuala Lumpur
-
Magika Seorang Melly Goeslow – Kepuasan Total Seisi Panggung
-
Ziana Zain Pemilik Definisi Diva Sebenar – 56 Years Old And Still Standing Strong
-
Survival Seni Siti Nordiana – 25 Tahun Dan Terus Mekar