December 1, 2022

Latte Herba Tarikan Figura

Latte antara minuman popular yang digemari ramai. Bayangkan menghirup latte dengan rasa herba serta menyihatkan tubuh badan.

Itulah keistimewaan produk keluaran syarikat milik penuh bumiputera Figura (M) Sdn. Bhd., (Figura International) yang melancarkan Figura Coffee Latte.

Figura Cofee Latte adalah gabungan herba alami seperti ekstrak Sacha Inchi, kunyit hitam. ekstrak maca, garam bukit dan stevia.

Kajian yang dijalankan, terbukti bahan utama iaitu Sacha Inchi yang digunakan dalam kopi tersebut mengandungi kandungan antioksida yang tinggi iaitu Omega 3,6,9, Vitamin A dan E.

Selain itu Figura International turut melancarkan produk kesihatan Figura.

Figura pula adalah produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan buah-buahan tempatan dan import.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Figura International, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid, syarikat yang bermula tahun 2018 itu kini mengorak langkah sebagai jenama global dalam industri networking melalui platform produk pemakanan kesihatan dan kecantikan.

“Figura International komited untuk muncul sebagai lima pemain utama dalam industri networking menjelang 2025,” katanya.

Mohd. Hafiz Mohd. Khalid

Figura International menjalinkan kerjasama akademik dengan tiga pakar penyelidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi berbanding harga yang ditawarkan.

Hasil kerjasama tersebut juga mencatatkan sejarah tersendiri, iaitu Figura International menjadi syarikat networking yang pertama di Malaysia yang mempunyai tiga (3) pakar perunding dan penyelidikan dari UKM dan HUKM. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts