April 25, 2025

Makan Sedap Dan Peluang Beramal Di Lebai Dollah

Bukan saja menyajikan lehih 30 juadah enak, restoran yang sudah sedekad ini juga menawarkan peluang kepada semua pihak yang ingin beramal sepanjang Ramadan.

Lebai Dollah terletak di Seksyen 13 Shah Alam buat julung kali menawarkan hidang buffet sempena Ramadan dengan harga antara paling murah di Bandaraya Anggerik itu.

Sempena kali pertama diadakan, anda hanya perlu membayar harga RM35 sahaja berbanding harga asal RM59.90.

Lebih menarik jika ada membawa ibu, bapa atau anak kelainan upaya (OKU) mereka diraikan dengan makan percuma.

Mesti Cuba : Gulai Kawah dan Masak Lemak Daging

Hidangan utama di restoran ini ialah masakan kampung utara dan Negeri Sembilan antaranya gulai kawah, masak lemak daging, ikan bakar, kerabu, ulam-ulaman, satay, kuih muih dan aneka minuman menyegarkan.

Kesemua menunya gabungan resipi termasuk daripada cef dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang masakan.

Pengurus Pemasaran Lebai Dollah Siti Nurkhairunnisa Azizi berkata, kesemua bahan utama di restoran itu hanya menggunakan bahas segar dan bukan sejuk beku.

“Kita mahu berikan yang terbaik dan kualiti makanan yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

“Bagi saya kami di Lebai Dollah memberikan peluang kepada semua merasa makanan ala hotel pada harga mampu milik,” katanya.

Shazizan dan isteri Siti Nurkhairunnisa

Pemilik restoran, Shazizan Sharani berkata, mereka turut menawarkan peluang kepada pihak yang ingin menaja anak yatim berbuka puasa.

“Ia antara tanggungjawab sosial korporat kami dan terbuka kepada sesiapa saja yang ingin menaja boleh hubungi kami.

“Kami memang menjalinkan hubungan dengan dua buah rumah anak yatim dengan kira-kira 200 orang anak-anak,” katanya.

Kuih muih yang boleh dibungkus minta pada pembantu kedai.

Dia berkata dua rumah anak yatim berkenaan ialah Pusat Jagaan Cahaya Kampung Subang dan Rumah Kasih Sayang Rawang. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts