January 19, 2025

Neelofa Kembali Ke Meletop

KUALA LUMPUR : Istimewa sempena sambutan Syawal penuh bermakna kali ini, Neelofa bakal kembali ke rancangan Meletop.

Perkara itu disahkan Ketua Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi serta hos rancangan itu Nabil Ahmad.

Azlin berkata, penampilan Neelofa ialah bagi memeriahkan sambutan malam raya kali ini selain memenuhi permintaan ramai peminat yang rindukan personaliti itu.

Dik Non penyeri iklan Raya Astro kali ini.

“Neelofa akan muncul khas pada malam raya tahun ini di Meletop bersama Nabil sebagai satu tarikan program Raya kali ini.

“Selain itu kita juga akan ada beberapa program termasuk Mega Ria Raya yang akan bersiaran setiap hari selama lapan hari,” katanya dalam sidang media maya semalam.

Azlin berkata menerusi program itu juga, elemen kad ucapan raya akan dihidupkan kembali di mana penonton boleh menghantar ucapan mereka untuk dikeudarakan.

Menerusi program itu juga Astro menawarkan hadiah dan duit raya bernilai sehingga RM100,000 khas buat pelanggan mereka.

Antara pengisian terbaik ialah segmen bual bicara bersama dengan selebriti dan frontliners negara yang juga hero sepanjang pandemik Covid-19.

Bagi drama dan telefilem pula, Azlin berkata ekoran situasi semasa yang menghalang, hanya dua judul bakal ditayangkan pada Syawal kali ini iaitu Perang Jozlyn Balik Raya dan Aku Benci Kpop.

Menerusi platform lain, pelbagai program turut disajikan buat pelanggan Astro bagi memeriahkan Syawal meskipun masih dalam arahan PKPB yang berkuatkuasa.

Pelanggan boleh menonton semua saluran di Astro termasuk Indo Pek (diberikan percuma selama sebulan), stesen radio dan kandungan digital.

Sementara itu, mengulas mengenai iklan raya Astro yang sentiasa dinantikan, Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, tahun ini Dik Non dipilih sebagai watak memeriahkan suasana Syawal.

Dik Non ialah animasi adiwira Kapten OK yang digambarkan mendukung amalan murni menerusi kempen Astro Raya kali ini iaitu #IndakanSenyuman dan #EratkanJalinan.

Khai berkata animasi menjadi pilihan tahun ini sejajar dengan kejayaan filem berkenaan sepanjang tahun lalu yang mendapat sambutan hangat.

“Kita mahu tampilkan kelainan kali ini selian ia juga bersesuaian dengan situasi Covid-19 yang melanda negara.

“Mesejnya masih sama ialah memupuk semangat saling membantu dan menyayangi sesama kita di bulan mulia ini,” katanya.

Sherry Alhadad dan Nabil antara duta pilihan untuk program raya Astro kali ini yang pastikan menjadi tarikan kepada penonton.

Gayah urut dada lega, bila tengok pelbagai program menarik sempena Raya kali ini. Jadi, dari terdedah kepada bahaya, baik duduk rumah dan tonton Astro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts